ZIKIR DAN FIKIR
“Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna”
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Assalamualaikum semua.
Kini kita di akhir bulan sha’aban yang mana menandakan “MEGA SALE” akan menjelma tak lama lagi.
Mari kita sama-sama melafazkan doa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan ramadhan dalam memburu malam lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
“ Hmmmhhh… beberapa hari lagi nak finals… pastu, Program foundation habis…” mungkin di saat ini, ada yang sudah membayangkan masa depan mereka, ada yang terfikirkan ayah dan bonda, dan ada juga yang sudah beria-ria untuk ‘FLY’ sebab tidak pernah naik belon (kapal terbang). Mungkin juga ada diantara kita yang sudah menanam cita-cita memburu malam lailatulqadar yang akan datang. Mungkin ada yang sudah terngiang-ngiang sanak saudara bermain marcun di halaman kampung dek dekatnya hari raya aidilfitri. Mungkin dan mungkin….Pasti sudah banyak bayangan yang terlintas difikiran selepas tamatnya program foudation di MSU bukan?
Walau apapun yang terlintas di pemikiran, kita hendaklah bersyukur dahulu disebabkan Allah S.W.T telah membenarkan kita untuk menjejakkan kaki sehingga ke saat dan detik ini. Moga-moga dengan kenikmatan yang dikurniakan dan kesyukuran yang diberi itu, Allah S.W.T. akan menambahnya lagi. InsyaAllah.
Jadi, saudara-mara sekalian.
Sebagai seorang individu muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa mengingatkan antara satu sama lain agar tidak alpa akan kewujudan Allah S.W.T. Kalimah La’ilahaillallah itu sendiri terkandung 24 huruf yang melambangkan sepatutnya kita ingat kepada-Nya 24 jam. Mungkin ada yang terlintas di fikiran, “Cakap memang senang nak ingat Allah S.W.T. setiap masa, tetapi nak lakukan itu yang payah!!” Urmmm… Jika dilihat kehidupan diri sendiri, sudah tentu benar apa yang dikatakan tadi. Walaupun mulut dan hati ini jaraknya sejengkal je, tapi nak masuk apa yang dikatakan dimulut itu kedalam hati itu sendiri sangat susah. Namun, perlulah diingat, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana tiada apa yang mustahil didunia ini jika Allah S.W.T berkata kun fayakun. Tetapi, dek kelemahan manusia untuk menghayati setiap yang diperkatakan itu lah yang membuatkan syaitan tetap menggunakan kelemahan tersebut sebagai peluang terbesar untuk memburu “The Soldier of Allah” iaitu hamba-Nya, masuk bersama mereka ke dalam neraka. Rasulullah S.A.W. bukankah sudah menggariskan beberapa cara bagi kita umatnya mengelakkan kelemahan diri kita daripada dipergunakan oleh syaitan?
Di dalam surah Al-Mulk Ayat 19
“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembang dan menutupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya(di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu”
Cuba compare dengan Bernoulli’s principle. When the velocity increase, the pressure decrease. Tetapi siapa yang beri kuasa kepada teori ini menjadi applicable? Alam ini tidak ada akal untuk berfikir teori mana yang digunakan bagi menggerakkan bumi ini, apatah lagi kita manusia yang lemah ini boleh mengawal Hukum Alam.
“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan,tidak dipakai (mahjura)”
(Surah Al-Furqaan: 30)
Kesinambungannya, petikan pada kali ini ditujukan kepada pembaca yang akan meneruskan pelajaran ke menara gading, agar tidak lupa kepada-Nya. Janganlah kita menjadi orang yang tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh junjungan Rasulullah S.A.W. iaitu golongan “mahjura”. Jangan disebabkan kebijaksaan kita, membuatkan kita tidak empunya perasaan akan kekerdilan diri sebagai hamba Allah dibumi ini. Bukankah kebijaksanaan yang menjadi keistimewaan manusia adalah kurniaan daripada Nya supaya kita sentiasa berfikir akan NYA? Didiklah diri kita dari sekarang sampai ke liang lahad kerana Rasulullah S.A.W. sendiri pun sentiasa dididik oleh Allah S.W.T. apatah lagi kita. Seandainya saudara yang dikasihi tidak mampu untuk menitiskan air mata kerana memikirkan tentang kebesarannya, sekurang-kurangnya titiskanlah ia kerana tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Kebijaksanaan mereka tidak membuatkan mereka mampu untuk berfikir tentang kebesaran Allah dan menundukkan hati mereka terhadap-Nya, bukankah itu menyedihkan. Akhirnya dunia sahaja ditatang, akhirat hilang berciciran”
- Hilal Asyraf-
+++++++++++++++++++++++
Rasulullah S.A.W menitiskan air mata ketika melafazkan ayat, Surah Al-Imran ( 190-200) ini di hening pagi. Apa kata kita kaji ayat ini secara tartil (iaitu satu persatu dan benar) mengapa Rasulullah S.A.W, sangat terkesan akan ayat ini.
+++++++++++++++++++++++
Al Quran menjelaskan bahawa di hari Kemudian nanti Rasulullah SAW akan mengadu kepada Allah swt. Baginda berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku / umatku telah menjadikan al Quran ini sebagai suatu yang “mahjura”
(Al Furqaan 25:30)
Menurut Ibn al Qayyim, banyak hal yang dicakup oleh kata “mahjura”, antara lain:
1. Tidak tekun mendengarkannya
2. Tidak mengendahkan halal dan haramnya walau dipercaya dan dibaca.
3. Tidak menjadikannya rujukan dalam menetapkan hukum menyangkut usuluddin (prinsip-prinsip ajaran agama) dan perinciannya.
4. Tidak berupaya memikirkan dan memahami apa yang dikehendaki oleh Allah yang menurunkannya.
5. Tidak menjadikannya sebagai ubat bagi semua penyakit-penyakit kejiwaan.
++++++++++++++++++++++++
Akhir sekali daripada kami, semoga maju jaya dalam membina individu muslim yang OSEM (Ordinary Student, Extraordinary Muslim). Kami dari pihak Soutul Haq juga ingin menyusun jari memohon maaf andai tersilap kata atau tersalah di mana-mana sepanjang penerbitan ini dilaksanakan. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua! Jom sama-sama jadikan bulan Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada yang lepas. Wallahu’alam. Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment