Wednesday, 17 October 2012

ALLSPARK - Power Beyond Mind


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

            Kawan-kawan pernah tengok cerita Transformers? Tak kisah la sama ada tengok movie, animated series, baca komik atau lain-lain. Yang pasti semua mesti pernah dengar pasal AllSpark ini kan? Kalau kawan-kawan nak tahu, AllSpark ini dalam cerita Transformers, adalah sejenis kiub yang mempunyai kuasa untuk “create worlds and fill them with life”. Tapi agak-agak, apa kaitan AllSpark dengan kehidupan kita? ‘AllSpark bukan wujud pun. Itu semua cerita dongeng rekaan semata-mata la wahai penulis’.

           Sabar dulu. Tidak dinafikan AllSpark adalah rekaan semata-mata dan tidak wujud. Tetapi kita perasan tak, dalam kehidupan kita, ada sesuatu yang juga mempunyai kuasa untuk membina dunia dan mengisinya dengan kehidupan? 

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita(kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Maidah : 16)

            Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah satu rahmat. Jadi, kenapa Al-Quran itu sama macam AllSpark? Haaa inilah jawapannya!! Kerana Al-Quran juga membina satu dunia atau sistem serta memberi kehidupan kepada dunia itu. Dunia yang penulis maksudkan adalah dunia Islam. Iyelah, sebab itu sahabat-sahabat Rasulullah semua berjaya mencipta kegemilangan kerana mereka itu merupakan Generasi Qurani, yakni satu generasi yang memang diasuh oleh Rasulullah untuk hidup berdasarkan Al-Quran. Orang kampung saya kata, “Live Quran, Eat Quran and Sleep Quran”.

            Bukan maksud penulis mereka ini makan Al-Quran, tetapi kehidupan mereka dari pagi sampai ke malam adalah berdasarkan Al-Quran. Al-Quran yang mereka fahami dengan hati itu berjaya membina tamadun Islam yang menguasai 2/3 dunia satu masa dahulu.Tapi sedihnya, sekarang tak ramai yang mahu jadi sebagaimana Autobots dan Decepticons yang sanggup berlawan untuk mendapatkan AllSpark. Jangan melihat akan pergaduhan kedua-duanya tetapi selamilah kesungguhan mereka dalam mendapatkan AllSpark. Kesungguhan dan perasan betapa pentingnya Al-Quran dalam kehidupan kita itulah yang diperlukan. Mungkin ramai yang membacanya, tetapi sedikit yang memahaminya, lagi sikit mereka yang betul-betul mengamalkannya secara sepenuhnya.

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).
(Surah Al-An’am : 122)

            Ayat yang panjang di atas merupakan sebab kenapa Al-Quran itu mampu menghidupkan. Kerana dengan Al-Quran, kita telah dihidupkan dari kufur kepada beriman, dari kegelapan kepada cahaya. Jadi sekarang percaya tak ”AllSpark” itu ada? Tak percaya juga? Tak mengapa, cuba kita teliti satu analogi yang mudah tetapi sangat penting.

            Al-Quran juga boleh diumpamakan seperti stesen janakuasa. Cuba bayangkan salah satu pencawang elektrik rosak yang mana akibatnya, seluruh kawasan tersebut kehilangan punca elektrik lantas segala aktiviti akan tergendala. Samalah juga kalau kita tak baca Al-Quran, umpamanya salah satu pencawang elektrik kita rosak. Walaupun stesen janakuasa itu berfungsi, tanpa pencawang elektrik, tetap tidak dapat hidup lampu-lampu dan kipas dekat kawasan tersebut. Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengannya, akan dihidupkan serta bercahaya dalam kalangan manusia. Persoalannya, adakah diri kita ini sudah “hidup” atau masih belum lagi?

            Kesimpulannya, jom baca Al-Quran. Bacalah Al-Quran waktu kita masih muda, sihat dan bertenaga. Tadabbur (fahami) al-Quran bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Islam tak akan bangun dengan hanya berkata-kata, tetapi Islam akan bangkit dengan tangan dan tenaga kita! Insya Allah! Biarpun tak secantik yang asal, tetapi kita perlu usahakan juga.

            Bagi kawan-kawan yang baru mula nak berjinak-jinak dengan al-Quran, sangat digalakkan untuk buat tadarrus setiap minggu bersama rakan-rakan. Tak payah malu kalau diri anda tergolong dalam meraka yang lemah. Sebab usaha anda untuk pelajari al-Quran akan dibalas dua jenis pahala iaitu pahala membaca al-Quran dan pahala bersusah-payah mempelajarinya. Sudah semestinya mereka yang ‘pro’ membaca al-Quran akan berasa jeles dengan anda yang tak henti-henti mengvakuum pahala. 



Selamat beramal ! Unleash the Power of the Quran.
 ~V For Peace~

No comments:

Post a Comment