Showing posts with label bulatan gembira. Show all posts
Showing posts with label bulatan gembira. Show all posts

Monday, 11 February 2013

My Love The Series Part 2


Sudah 2 tahun berlalu, aku dan “my love” kedua masih bersama. Tetapi selepas SPM aku melanjutkan pelajaran di sebuah university di kota. Oleh kerana itu, aku dan dia semakin jauh kerana sama-sama busy dalam study masing-masing. Di dalam tempoh kami berjauhan, aku terasa seperti déjà vu kerana dipertemukan dengan seorang yang keterampilan dan perwatakannya mirip “my love” yang kedua. Cara dia mendekatkan dirinya kepada aku pun sama seperti “my love” yang kedua. Tetapi pada fikiranku mungkin kerana aku lebih matang pada waktu itu, perkenalanku kepada “my love” yang ketiga inilah yang mengubah paradigma paling besar dalam hidupku. Lama kelamaan perkenalanku dengan “my love” yang ketiga ini  diketahui oleh “my love” yang kedua. Dia hanya tersenyum apabila mengetahui hubungan kami dan beberapa bulan selepas itu, baru aku mengetahui bahawa mereka berdua sebenarnya saling berhubung. ”My love” yang ketiga yang menceritakan kepadaku bahawa dia telah dipesan untuk menjagaku oleh” my love”yang kedua.
Aku pada ketika itu sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan dengan orang-orang yang baik sebegini di dalam hidup aku. Pertemuan ini  memberiku peluang merasai nikmat tarbiyah. Sebenarnya, ”my love” yang pertama, aku telah bersamanya selama 15 tahun. Kami berdua sama-sama mempunyai  mata yang kecil, bentuk hidung yang serupa, cara ketawa yang sama kerana “the one and the only truth is”dia sebenarnya merupakan abang kandung aku . ”My love” yang kedua pula sekiranya abangku masih hidup dia sepatutnya menjadi kakak iparku.



Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat para hambanya.

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
(At-Talaq : 3)

Kerana ketentuan-Nya aku dikurniakan seorang kakak (“my love” yang kedua) setelah kehilangan seorang abang. Seperti yang diceritakan sebelum ini, pertemuan aku dengan “my love” kedua pada setiap hujung minggu  itu sebenarnya adalah usrah dan rakan-rakan dia yang baik dan mengambil berat yang aku maksudkan sebenarnya adalah kakak-kakak yang aku kenal semasa mengikuti usrah. ”Date” kami berdua pula sebenarnya adalah program keagamaan, daurah, rehlah, ceramah dan sebagainya. Oleh kerana “my love” yang kedua telah memperkenalkan aku kepada usrah, aku dipertemukan pula dengan “my love” yang ketiga sewaktu usrah aku di university.
Ya kisah hidupku mungkin seperti emm.. drama atau sinetron? Pertemuan demi pertemuan dengan tiga insan yang aku gelar “my love” diumpamakan seperti ber”series”. Tetapi

Setiap series membawa makna yang besar dalam hidupku. 
Setiap series membawa aku mengenal erti cinta yang lebih hakiki iaitu yang Maha Esa.
Setiap series mengenalkan aku dengan kasih yang sejati melalui perhubungan ukhwah fillah.
Setiap series memberikanku ketenangan melalui nikmat tarbiyah.

Kalau dahulu aku mudah sahaja menangis kerana terlalu rindukan arwah, tetapi sekarang aku mudah tersenyum dan lebih ceria kerana aku sudah berazam untuk menemuinya di syurga jika diizinkanNya, Insya Allah...
“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia beriman, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik”.
(Surah al-Isra’ :19)

No more tears but more doa’ and amal.




Terima kasih kepada tarbiyah, aku peroleh sesuatu ketabahan, kematangan dan ketenangan jiwa yang luar biasa. Walaupun kini aku jauh dari ahli keluarga, tarbiyah membuatkan aku tidak berasa keseorangan kerana ditemani dengan akhwat-akhwat yang memberiku kekuatan dalam perjalanan mencari keredhaanNya.
 Walaupun drama hidupku ini tidaklah layak 'Award Winning' namun Alhamdulillah..selepas kehilangan abangku, aku dipertemukan dengan ramai orang yang sangat baik dan itu adalah award (baca:anugerah) yang sangat berharga kurnianNya... Dan orang-orang yang aku kenal dalam meyelusuri liku-liku perjalanan tarbiyah ini. Dan salah seorang daripadanya adalah insan yang berada dihadapan aku, sedang menghirup coffee sambil khusyuk mendengar aku bercerita mengenai semua ”my love”  yang pernah berada disamping aku. Dia yang menjadi pendengar setia itu adalah kakak usrahku sekarang.

*IAmtullah*

Wednesday, 6 February 2013

My Love The Series : Part 1

Bagaimana Aku Kenal Tarbiyah:


Bandar ini mula menghampiri musim dingin.Malangnya sedingin-dingin mana pun musim ini membeku, tidak akan terhasil pun kepulan-kepulan asap dari mulut,tingkap bilik pun tidak akannya penuh dengan  “snow flake” melainkan erkk,, bulu burung merpati? Hehe. Malam ini terasa sungguh kesejukannya dan dia mengajakku untuk menemaninya  menghirup secawan coffee. Peperiksaan dia semakin menjelang dan sudah seminggu kami tidak berjumpa. Oh rindunya! Kami baru berkenalan selama 2 bulan lebih, tetapi perasaanku terhadap dia sangat luar biasa.
 


Kami bertukar cerita dan tiba tiba atmosphere berubah apabila dia tiba-tiba bertanyakan tentang “my love” dahulu. Bagaimana kami bertemu? Sejauh mana rapatnya kami dahulu? Hmm,,tanpa berfikir panjang aku mula memberitahu bahawa “my love” yang dia maksudkan bukan yang pertama bagiku, malah ada lagi sebelum itu. Dia bertanya “Bukan yang pertama? Jadi sebenarnya berapa orang sebelum saya?” Aku jujur mengatakan, selepas aku kehilangan seseorang, aku dipertemukan dengan ramai orang. Dan orang-orang itu sangat menyayangi dan mengambil berat terhadapku. Setelah mengetahui hal sebenar dia pun tersenyum.

Pada malam itu, tergerak hati aku untuk menyelusuri kembali perjalanan hidupku yang membawaku sehingga ke sini, jauh dari tanah air sendiri. Kerana kepercayaanku kepada dia, aku mula membuka kisah-kisah lalu dan aku sangat gembira kerana dia seorang pendengar yang setia. Kisah hidupku bermula dengan hubunganku dengan "my love” yang pertama. ”My love” yang pertama kacak orangnya, ala-ala muka Bae Yong Joon (hero Winter Sonata). Alim, genius, multi-talent memang pek kombo yang lumayanlah kata orang. Cuma dia kekurangan satu elemen sahaja dalam dirinya. Dia jenis yang tidak pandai meng-expresskan perasaannya, tetapi aku yakin yang dia sangat menyayangiku. Dia sering menasihatiku mengenai soal agama, soal berpakaian dan ibadat. Segala teguran yang diberi penuh berhikmah. Segala apa yang dipelajari ketika dia mengikuti usrah, dia akan menceritakan kembali kepadaku. Sikapnya itu semakin lama semakin mempengaruhiku juga untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Tetapi apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Jodoh kami tidak lama kerana ternyata Allah lebih menyayanginya. Kehilangannya di dalam satu tragedi kemalangan jalan raya ternyata mengugat ketabahanku. Ketika itulah terasa saat-saat hidup digoncang, hidup menjadi gelap kerana dalam sekelip mata aku kehilangannya.


Ya Allah! aku sangat menyayanginya

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan”. 
(Surah Al-Anbiyaa’ : 35)
 
 
Sehari selepas pengebumian “my love” yang pertama, aku dihadirkan dengan satu pertemuan yang tidak disangka. Seorang kawan kepada  arwah memperkenalkan dirinya kepada aku. Arwah pernah menceritakan kepada aku mengenai kawannya ini. Tetapi ini kali pertama kami bertemu. Perkenalan kami membawa kepada satu perhubungan yang lebih rapat. Di setiap hujung minggu, kerana kolejnya berdekatan rumahku, dia akan mengajak aku untuk berjumpa. Pada mulanya aku tidak boleh membuka hati aku untuk dia kerana perhubungannya dengan arwah. Tetapi lama kelamaan kerana sikapnya yang sangat mengambil berat,aku mula menyukainya. Hampir setiap hujung minggu aku akan mengikutinya berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain. Ternyata rakan-rakannya yang lain juga sangat baik dan aku sangat terharu dengan perkenalan ini. Di dalam hatiku, jarang pada zaman ini ada orang yang sangat mengambil berat terhadap orang lain seperti keluarga sendiri sedangkan waktu perkenalan kami sangat singkat. Jadi setiap kali dia mengajakku untuk berjumpa rakan-rakan dia atau apabila dia mengajakku untuk “date”,aku sedia mengikutinya. Kehadirannya sedikit sebanyak mengisi kekosongan yang ditinggalkan arwah dan dialah orang yang memberiku semangat untuk bangkit dari kesedihan selepas permergian arwah. Dia adalah “my love” yang kedua.

BERSAMBUNG

*I.Amtullah*

Saturday, 5 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 1




Alif yang baru balik dari outing terus merebahkan badan ke katil rakannya, Bunyamin. Mereka berdua adalah kawan baik sejak mendaftar masuk ke Kolper (baca: kolej persediaan) di bawah tajaan kerajaan. Alif boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang senang kerana berasal daripada keluarga doktor dan dia juga berkawan rapat dengan Bunyamin walaupun Bunyamin hanya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana sahaja di Pahang. Mereka berdua merupakan roommate dan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas dua tahun persediaan.

“Fuh, penat betul hari ini. Tak sangka ramai pula orang dekat Elo-elo hari ini. Ramai sangat orang pergi melawat booth Palestin tadi. Kenapa kau tak ikut tadi? Kau kan semangat bab-bab ini.” Alif melepaskan lelahnya sambil meneguk air Coca-colanya. Bunyamin membalas, “Bestnya! Aku ada kerja tadi. Itu yang tak dapat ikut kau. Sorry. Tadi ada apa yang menarik?

“Tadi ada kutipan derma, talk sikit dari selebriti negara kita dan adalah sedikit video pasal kehidupan saudara-saudara kita kat sana. Tapi video itu aku dah pernah tengok hari itu time tayangan video yang kau buat. Aku masih menangis setiap kali tengok video itu. Entah kenapa sampai sekarang isu Palestin masih belum selesai”, Alif meluahkan perasaannya kepada Bunyamin.


“Alhamdulillah, bagus kau masih ambil kisah pasal saudara-saudara kita di sana. Insya Allah kita masih lagi dikira sebagai umat Nabi Muhammad SAW selagi kita masih ambil berat pasal keadaan saudara kita ini. Isu ini bermula sejak tahun 1948 lagi sampailah sekarang, 2013. Umat ini dah menjadi seperti apa yang Rasulullah bersabda , umat Baginda akan menjadi lemah dan dikerumuni oleh musuh-musuh seperti makanan kerana umatnya berpenyakit. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati (wahan). Bak kata Pudge, ‘Fresh meat!’” balas Bunyamin sambil tekun menyiapkan assignmentnya.

“Hahaha. Apalah kau ini masuk Dota pula. Aku serius boleh lak kau buat lawak. Tapi Alhamdulillah pemerintahan Mesir sekarang dah berubah di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin. Insya Allah tak lama lagi Palestin akan bebas, aku yakin!” kata Alif yang kini duduk di bucu katilnya selepas membuang botol air coca-cola.

“Hehe, mungkin betul juga Palestin akan terbebas melalui Mesir. Sekarang dah mula nampak sinar-sinar pertolongan Allah. Tapi kau kena tahu, ini adalah perjuangan umat Islam, bukan hanya perjuangan sebuah negara. Israel itu sendiri adalah World Order. Banyak negara takut dengan Israel dan tak mampu untuk melawan Israel walaupun Israel terang-terang melanggar resolusi PBB dan tidak berperikemanusiaan. Produk Israel pun bersepah di pasaran. Diorang memang IMBA(Baca : imbalance).” tegas Bunyamin yang dah berhenti dari membuat kerjanya. 



“Tapi apakan daya, kita kat sini jauh, paling kuat pun bagi sumbangan duit tiap kali ada kutipan derma dan doa untuk mereka. Kita ini muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Sekarang kita fokus belajar dulu. Betul dop?” Alif cuba menyedapkan hatinya. “Insya Allah, usaha kita untuk Allah akan dibalas oleh-Nya. Kalau kau nak tahu, umur kita ini sangat singkat. Waktu umur kita sekarang ini, dah wujud pemuda-pemuda yang hebat dalam Islam macam Muadz bin Jabal, Sultan Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain. Ke mana hilangnya pemuda-pemuda macam itu zaman ini?

Alif duduk bertentangan Bunyamin yang sedang berehat di katilnya, “Kau mana boleh samakan sahabat dengan zaman ini. Tak sama. Zaman itu ada Rasulullah SAW. Diorang dapat didikan Rasulullah SAW direct. Zaman sekarang ini susah nak cari orang yang sama macam sahabat.”

“Kalau macam itu, Salahuddin Al-Ayubi macam mana? Beliau tak hidup pada zaman Rasululullah SAW. Guane? Sama juga macam Sultan Muhammad Al-Fatih. Sebenarnya, zaman kegemilangan Islam adalah selepas kewafatan baginda. Tentera Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik raja. Itulah apa yang kita kena buat.” Kata Bunyamin sambil tersenyum.


“Jadi, apa yang kita kena buat?” , tanya Alif sambil berkerut dahi. “Kita kena tambah nilai kita dari kosong ke digit lain. Satu ke, dua ke, tiga ke dan apa-apalah selain kosong. Sebab musuh-musuh Islam tak akan pernah takut dengan kita yang kosong ini. Biarlah berjuta kosong sekalipun berkumpul, nilainya tetap tidak signifikan, tak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Islam, tak mampu untuk membebaskan Palestin.” terang Bunyamin.


Apa maksud kosong ini sebenarnya? Alif cuba untuk mencari kebenaran. “Nanti aku sambung, kita pergi solat Jemaah dulu jom.” Dua sahabat itu berjalan ke arah laungan azan dari surau kolej mereka. 
 
BERSAMBUNG
V For Peace




Sunday, 9 December 2012

Sajian Dari Kem BTN


 
gambar hiasan semata-mata

“ Masakan kem korang inilah yang paling teruk Atuk rasa”

Demikian kata-kata yang keluar dari mulut seorang veteran, salah seorang fasilitator sepanjang  5 hari di kem BTN di …..(tempat dirahsiakan..hehe). Comel dan bersemangat orangnya. Kata-kata Tok itu tetiba sahaja  terngiang-ngiang di telinga saya dan mungkin mengaktifkan input device saya iaitu “ears” untuk menulis risalah ini pula (ingat tak risalah sebelum ini mengenai input device iaitu mata). 

Ya! Memang masakan kat kem tu hmmm…bolehlah dimakan (peluh kecil). Tapi bukan mengenai masakan dari dapur kem itu semata-mata yang ingin saya ketengahkan. Sajian yang saya maksudkan di sini bukan sajian untuk sistem penghadaman tetapi sajian itu disajikan untuk sistem penghayatan iaitu sajian ROHANI. Sejujurnya, perut yang selalu kita isi tetapi bagaimana dengan hati kita yang mungkin gersang dan tandus dengan  kerinduan terhadap penciptaNYA...hmm..

Entahlah mengapa hati saya sangat-sangatlah tersentuh apabila video mengenai  kesusahan dan penderitaan yang ditanggung saudara-saudara se-Islam kita di negara lain ditayangkan. Bukannya sesuatu yang tidak pernah dilihat untuk merasa tersentuh sebegitu, jadi saya beranggapan mungkin kerana penggunaan video sebagai device untuk menyentuh hati yang sangat berkesan ditambah dengan keberkesanaan penataan cahaya. Akhirnya pada malam itu setelah rakan-rakan seperjuangan telah dibuai mimpi barulah saya dapat merungkai akan sebabnya. Mengapa perasaan sebak yang lahir ini kurang menyenangkan? Apabila persoalan itu berjaya dirungkai,, Ya ALLAH malunya diri ini!!



“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya ada maksud tersirat  disebalik titisan-titisan air mata tersebut. Kenapa saya katakan ada maksud yang tersirat..?? Kerana titisan  air mata itu adalah titisan air mata orang yang sangat bongkak dan pentingkan diri sendiri. Dan sekali lagi, mengapa saya katakan begitu? Kerana saya sangat pasti akan sebab mengapa saya sangat menghayati video itu iaitu kerana saya telah dijauhkan dari aspek keduniaan yang selama ini saya buta-buta mengejarnya. Video itu ditayangkan ketika saya berada di dalam kem yang mana tiada “line” malah jauh sekali untuk ber”online”,  apatah lagi menyaksikan drama-drama di television serta jauh dari kehidupan seorang pelajar yang sentiasa dibebani assignment.  Pendek kata jauh dari kehidupan harian yang melebihkan keduniaan dan di luar “comfort zone”.

Dek kerana jauh dari semua ini membuatkan saya sangat fokus dan sangat menghayati tayangan tersebut. Jelas menunjukkan betapa hipokrit  betul saya ni mengutamakan urusan sendiri tanpa menghiraukan nasib-nasib saudara saya yang kurang bernasib baik. Jika video itu ditayang semasa kita di hostel, adakah penghayatannya akan sama? Besar kemungkinan TIDAK. Adakah ini bermakna kesedaran untuk mengambil tahu dunia luar dan saudara-saudara lain hanya diperuntukan apabila menghadiri kem? Jadi berapa banyak kem perlu dihadiri? Sayang seribu kali sayang… diri ini sangat pentingkan dirinya sahaja.




“Minima sebuah ukhwah itu adalah berlapang dada dan maksimanya  adalah itsar (mementingkan orang lain dari DIRI SENDIRI)”
(Hasan Al-Banna)

Pada waktu itu, seramai 500 orang rakyat Syria telah gugur nyawa dan lebih 14000 dipenjarakan semenjak rusuhan bermula. Sekarang bilangan orang yang meninggal mencecah 40 000. Kita di sini hanya mampu melihat dari jauh konflik negara itu dengan kesedihan. Sebenarnya apalah gunanya berhati tisu (hati cepat tersentuh) sekiranya tiada tindakan diambil selepas keringnya air mata yang mengalir. Jadi apa peranan kita!! Pastinya kita tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. 


Umat yang tenat memanggil pemuda-pemudi Islam untuk bangkit membantunya. 
Di manakah hilangnya pemuda-pemudi Islam seperti Mu’adz bin Jabal, Salahuddin al-Ayubi, Muhammad Al-Fatih dan lain-lain? 

Gunakanlah kelebihan kita sebagai pelajar cemerlang dan bakal menjadi seorang yang professional  untuk menyampaikan seruan kepada orang-orang di sekitar kita yang masih belum sedar. Sebelum ini saya selalu berpendapat bahawa dengan menjadi seorang doktor yang berjaya  itu sudah cukup dalam membantu saudara-saudara Islam yang lain. Baru kini saya sedari yang berfikir sebegitu sahaja TIDAK CUKUP.



“Sesungguhnya segala perbuatan bergantung kepada niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan  apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)

            Siapa yang menggalas cita-cita sebagai seorang professional kerana dunia yang dikehendakinya semata-mata maka pekerjaannya itu akan bernilai sebagaimana yang dia niatkan. Jom kita niatkan untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

Marilah kita renung-renungkan. Sedar tidak sedar, walaupun masakan yang disaji tidaklah semewah atau selazat  mana semasa di BTN, tetapi saya melihat rakan-rakan menjamahnya dengan penuh selera. Siap menambah-nambah segala kicap dan sos cili, “dah macam masak balik makanan itu jer”. Itulah yang seperti orang-orang tua selalu cakap, makan beramai-ramai memang sedap. Ha! Samalah juga dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan menolong saudara-saudara se-Islam kita di negara lain. 

Ya, perjuangan itu mungkin pahit  sekiranya kita melakukannya sendirian. Oleh kerana itulah, kita sentiasa dikumpulkan dalam bulatan bahagia kerana ketika itu kita berkumpul dengan jiwa-jiwa yang sama dengan kita maka kita tidak pernah berseorangan. Bagi saya, makan bersendirian itu kesedihan, sesuatu yang sedap,pahit dan manis harus dikongsi bersama untuk lagi “suwiit”. Masakan di kem BTN pula bukanlah semuanya teruk, ada kalanya yang sedap. 


Samalah juga dengan perjuangan, 
ada masa ia pahit dan ada masa ia manis  
tetapi kedua-duanya seharusnya dikongsi bersama





Tetapi harus diingat! 

Perjuangan menegakkan agama ALLAH SWT ini akan KEKAL MANIS hingga ke akhirnya dengan ganjaran yang bakal dikurniakan Allah SWT di akhirat kelak


INSYAALLAH...

Wallahu'alam

*I.Amtullah*