Monday 24 December 2012

Husnuzon Al-Nadhaj



BERSANGKA BAIK (BERLAPANG DADA) TERHADAP MAKHLUK

Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidung kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “Aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih”. Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian. Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa inggeris “What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat”.



"Bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulangkali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?" Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Kita mesti bersabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita. Kalau tidak ada jalan keluar , kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu kita ke arah kebenaran. Diam itu bukannya tanda lemah, tetapi mereka adalah orang yang kuat kerana berjaya menahan kemarahan.

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik. Didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi siapa kita ketika melihatnya!”
Maksudnya , kita akan menilai seseorang dengan fikiran , hati dan perasaan kita. Jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang , itu petanda fikiran , hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Alhamdulillah

Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah….. Itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat kebaikan daripadanya jika kita awal-awal lagi terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukumnya' awal-awal lagi. Itulah prejudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas. Kan setiap orang mukmin itu bersaudara. Tidakkah kita salah seorang antaranya? Nanges...

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang , belum pun mula berkenalan, apa lagi bercakap-cakap…. Baru melihat wajahnya sahaja, terus terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan lalu yang telah kita perbaiki berkali-kali? Kesabaran seseorang untuk berurusan atau berhadapan dengan orang yang mempunyai  'fail' buruk yang lama dengan kita, mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak seseorang itu.

Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha sempurna itupun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Penyayang… Sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘Fail’ baru. Justeru , Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia. Dalam Al-Quran, Surah Al-hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud

“Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(Supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa……”

BERSANGKA BAIK TERHADAP TUHAN

Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku(DOA DAN FIKIR KITA KEPADANYA). Dan aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku dikhalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi(para malaikat dan seluruh makhluk) ....... "
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. Insya’Allah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar medik, apakah wajar dia mengatakan dia tidak mampu untuk lepas dalam bidang medik ini sebelum dia belajar dan mencuba sedaya upaya mencari fakta yang tidak terbilang dengan jari. Ungkapan terkenal dalam bahasa ibunda kita “Biar putih tulang jangan putih mata”.

Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih , gagal dan malang sering menimpa hidupku?” lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini…. Semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu mungkin adalah dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap , buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai! Jika kita berterusan bersangka buruk dengan Allah, itulah yang kita akan dapat (Nauzubillahi min zalik).






Namun, jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah ada rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Itu menunjukkan kesempurnaan akal dan akhlak seseorang. Berilah peluang untuk dia dipercayai , dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… Namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang sama berkali-kali. Wahai mu’umin sejati sekalian, ingatlah pesan Nabi: “Seorang mu’umin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”.

Bukalah mata kita, buka pintu rumah di hening subuh nanti dan bersangka baiklah pada Allah yang Maha Penyayang, bahawa dia akan memberikan kita jalan rezeki yang tiada tolak bandingnya, iaitu hidayah yang membawa ke kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat. Ayuh kita berhijrah sempena tahun 1434 hijrah ini dengan membina sifat bersangka baik yang matang (HUSNUZON AL-NADHAJ) terhadap diri sendiri, ibubapa, adik beradik, saudara dan saudari,  rakan ,seperjuangan, pensyarah, masyarakat kini , pada Rasulullah S.A.W., sahabat-sahabat baginda, dan paling penting, pada Allah S.W.T.  Wallahu’Alam, sekadar perkongsian kita bersama.=) Jazakallahulkhair.


-BUNYANUMMARSUS-

Sunday 16 December 2012

Sweetnyaaa...


Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim… 

Ya Allah, ampunilah kami atas segala dosa-dosa lampau..Ya Rahman, kuatkanlah ikatan ukhuwah antara kami…Jauhilah kami daripada tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yang kerugian…
Aamin…


Apa khabar rakan-rakan semua? Pada saat ini, masing-masing sudah berada di destinasi yang telah ditetapkan dan berpisahlah ikatan selama setahun itu. Tetapi, insya Allah, yang pergi pasti akan kembali, yang hadir pasti akan pergi tetapi jangan jadikan pemergian itu sebagai titik noktah kepada satu jalinan ukhuwah suci yang telah terikat. 

..Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari..”
Saidina Ali

Urmmm... Jom kita flashback sikit kenangan suatu masa dahulu. Masih ingat tak semangat kita yang berkobar-kobar waktu melangkahkan kaki ke alam asasi dahulu? Ingat tak siapa rakan sebelah sewaktu pendaftaran dahulu? Ingat tak perasaan malam-malam pada waktu mula duduk di hostel? Ingat tak kesusahan persiapan kita menyiapkan assignment pertama, exam pertama? Ingat tak? Setiap kenangan yang tercipta pasti akan dikenang walau baik mahupun buruk. Ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan suka dan duka dalam menempuh dan mencapai cita-cita masing-masing.

UKHUWWAH…Satu ikatan yang terjalin antara umat Islam yang paling dibenci oleh Allah SWT jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab mahupun tanpa usaha untuk memulihkan ia kembali. Ini juga merupakan simbol kekuatan umat Islam yang membuatkan Islam itu syumul. Bak kata pepatah melayu, bersatu teguh , bercerai roboh.


"...Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan..." 
HR. Al Bukhari dan Muslim


Tapi macam mana kita nak berukhuwwah kalau kawan kita ini suka menyakitkan hati kita, suka panggil kita "gemok", suka berkira dengan kita dan lain-lain. Mana manisnya ukhuwwah kat situ?


"Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ke tempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam."
HR. Imam At-Tarmizi


Pada awalnya, ukhuwah ini memang sukar untuk dibentuk menjadi satu ikatan yang teguh dan tidak dinafikan akan ada masalah-masalah seperti perselisihan faham, terasa hati dan pergaduhan kecil, tetapi ia dapat dielakkan. Bagaimana? 


"Dan jika kamu memberi maaf,
maka itu lebih dekat kepada taqwa."
(QS Al-Baqarah:237)


"Tapi mamat ini asyik menyakitkan hati je. Macam mana nak maafkan?"

 "...Serendah-rendah ukhuwwah ialah SALAMATUS SODR (berlapang dada), setinggi-tinggi ukhuwwah adalah AL-ITSAR (melebihkan orang lain)..."

Memang sampai ke kiamat, kita tidak akan berpuas hati dengan kawan-kawan di sekeliling kita. Sebab kita semua bukanlah malaikat yang mampu menjaga hati semua orang. Kadang-kadang, kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Cuma, kalau kita niatkan ukhuwwah kita itu kerana Allah, biar datang ejekan sebesar raksasa Gorgon pun, kita akan tetap sabar dan berlapang dada. Kita akan terima kelemahan rakan kita sebagaimana kita nak mereka menerima kelemahan kita.

"...Ukhuwwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada hala, tetapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah SWT..."


Hanya melalui pengenalan dan kasih sayang kita kepada Nya sahaja kita dapat mengenal diri kita yang sebenar seterusnya meningkatkan prestasi diri ke tahap maksimum, sama macam zaman Rasulullah dan para sahabat. Tingginya kasih sayang mereka terhadap Yang Maha Berkuasa membolehkan mereka muncul sebagai muslim yang sejati. Bawaan daripada itu jugalah ikatan brotherhood (ukhuwah) mereka sangat kuat seteguh bangunan yang hanya boleh runtuh melalui kuasaNya.


..Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan..
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir..
Tetapi ia terletak pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya di dalam doanya..”
Imam Al-Ghazali

Jadi rakan-rakan semua, jom sama-sama eratkan ukhuwwah antara kita walaupun dengan serendah-rendah ukhuwwah yakni berlapang dada. Saling berhubung, saling mengenal antara satu sama lain kembali, saling memupuk kepercayaan kerana setahun itu memang tak akan cukup untuk kita mengenal rakan-rakan yang tidak terkira bilangannya. Janganlah nak betul-betul kenal 7-8 orang je kan, tak ke rugi Allah SWT dah kurniakan seramai-ramai insan yang mampu untuk mengubah kita ke arah kebaikan. Kenali semuanya, jangan fikir yang kita tak layak untuk berteman dengan mereka dan jangan pula fikir mereka tak layak untuk dianggap teman kerana setiap insan yang dikurniakan Allah SWT ada baik dan buruknya, tiada yang sempurna tetapi melalui ukhuwwah lah, kesempurnaan itu dapat dibentuk. Itulah yang membuatkan ukhuwwah ini sweet ^^

"...Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit..." 
Riwayat Muslim



Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda,
“...Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam;
jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah,
jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah,
jika bersin dan mengucapkan hamdalah
maka jawablah ( dengan mengucapkan ‘yarhamkallah’,
dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)..."



-ALt 4 HIM-

Sunday 9 December 2012

Sajian Dari Kem BTN


 
gambar hiasan semata-mata

“ Masakan kem korang inilah yang paling teruk Atuk rasa”

Demikian kata-kata yang keluar dari mulut seorang veteran, salah seorang fasilitator sepanjang  5 hari di kem BTN di …..(tempat dirahsiakan..hehe). Comel dan bersemangat orangnya. Kata-kata Tok itu tetiba sahaja  terngiang-ngiang di telinga saya dan mungkin mengaktifkan input device saya iaitu “ears” untuk menulis risalah ini pula (ingat tak risalah sebelum ini mengenai input device iaitu mata). 

Ya! Memang masakan kat kem tu hmmm…bolehlah dimakan (peluh kecil). Tapi bukan mengenai masakan dari dapur kem itu semata-mata yang ingin saya ketengahkan. Sajian yang saya maksudkan di sini bukan sajian untuk sistem penghadaman tetapi sajian itu disajikan untuk sistem penghayatan iaitu sajian ROHANI. Sejujurnya, perut yang selalu kita isi tetapi bagaimana dengan hati kita yang mungkin gersang dan tandus dengan  kerinduan terhadap penciptaNYA...hmm..

Entahlah mengapa hati saya sangat-sangatlah tersentuh apabila video mengenai  kesusahan dan penderitaan yang ditanggung saudara-saudara se-Islam kita di negara lain ditayangkan. Bukannya sesuatu yang tidak pernah dilihat untuk merasa tersentuh sebegitu, jadi saya beranggapan mungkin kerana penggunaan video sebagai device untuk menyentuh hati yang sangat berkesan ditambah dengan keberkesanaan penataan cahaya. Akhirnya pada malam itu setelah rakan-rakan seperjuangan telah dibuai mimpi barulah saya dapat merungkai akan sebabnya. Mengapa perasaan sebak yang lahir ini kurang menyenangkan? Apabila persoalan itu berjaya dirungkai,, Ya ALLAH malunya diri ini!!



“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya ada maksud tersirat  disebalik titisan-titisan air mata tersebut. Kenapa saya katakan ada maksud yang tersirat..?? Kerana titisan  air mata itu adalah titisan air mata orang yang sangat bongkak dan pentingkan diri sendiri. Dan sekali lagi, mengapa saya katakan begitu? Kerana saya sangat pasti akan sebab mengapa saya sangat menghayati video itu iaitu kerana saya telah dijauhkan dari aspek keduniaan yang selama ini saya buta-buta mengejarnya. Video itu ditayangkan ketika saya berada di dalam kem yang mana tiada “line” malah jauh sekali untuk ber”online”,  apatah lagi menyaksikan drama-drama di television serta jauh dari kehidupan seorang pelajar yang sentiasa dibebani assignment.  Pendek kata jauh dari kehidupan harian yang melebihkan keduniaan dan di luar “comfort zone”.

Dek kerana jauh dari semua ini membuatkan saya sangat fokus dan sangat menghayati tayangan tersebut. Jelas menunjukkan betapa hipokrit  betul saya ni mengutamakan urusan sendiri tanpa menghiraukan nasib-nasib saudara saya yang kurang bernasib baik. Jika video itu ditayang semasa kita di hostel, adakah penghayatannya akan sama? Besar kemungkinan TIDAK. Adakah ini bermakna kesedaran untuk mengambil tahu dunia luar dan saudara-saudara lain hanya diperuntukan apabila menghadiri kem? Jadi berapa banyak kem perlu dihadiri? Sayang seribu kali sayang… diri ini sangat pentingkan dirinya sahaja.




“Minima sebuah ukhwah itu adalah berlapang dada dan maksimanya  adalah itsar (mementingkan orang lain dari DIRI SENDIRI)”
(Hasan Al-Banna)

Pada waktu itu, seramai 500 orang rakyat Syria telah gugur nyawa dan lebih 14000 dipenjarakan semenjak rusuhan bermula. Sekarang bilangan orang yang meninggal mencecah 40 000. Kita di sini hanya mampu melihat dari jauh konflik negara itu dengan kesedihan. Sebenarnya apalah gunanya berhati tisu (hati cepat tersentuh) sekiranya tiada tindakan diambil selepas keringnya air mata yang mengalir. Jadi apa peranan kita!! Pastinya kita tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. 


Umat yang tenat memanggil pemuda-pemudi Islam untuk bangkit membantunya. 
Di manakah hilangnya pemuda-pemudi Islam seperti Mu’adz bin Jabal, Salahuddin al-Ayubi, Muhammad Al-Fatih dan lain-lain? 

Gunakanlah kelebihan kita sebagai pelajar cemerlang dan bakal menjadi seorang yang professional  untuk menyampaikan seruan kepada orang-orang di sekitar kita yang masih belum sedar. Sebelum ini saya selalu berpendapat bahawa dengan menjadi seorang doktor yang berjaya  itu sudah cukup dalam membantu saudara-saudara Islam yang lain. Baru kini saya sedari yang berfikir sebegitu sahaja TIDAK CUKUP.



“Sesungguhnya segala perbuatan bergantung kepada niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan  apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)

            Siapa yang menggalas cita-cita sebagai seorang professional kerana dunia yang dikehendakinya semata-mata maka pekerjaannya itu akan bernilai sebagaimana yang dia niatkan. Jom kita niatkan untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

Marilah kita renung-renungkan. Sedar tidak sedar, walaupun masakan yang disaji tidaklah semewah atau selazat  mana semasa di BTN, tetapi saya melihat rakan-rakan menjamahnya dengan penuh selera. Siap menambah-nambah segala kicap dan sos cili, “dah macam masak balik makanan itu jer”. Itulah yang seperti orang-orang tua selalu cakap, makan beramai-ramai memang sedap. Ha! Samalah juga dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan menolong saudara-saudara se-Islam kita di negara lain. 

Ya, perjuangan itu mungkin pahit  sekiranya kita melakukannya sendirian. Oleh kerana itulah, kita sentiasa dikumpulkan dalam bulatan bahagia kerana ketika itu kita berkumpul dengan jiwa-jiwa yang sama dengan kita maka kita tidak pernah berseorangan. Bagi saya, makan bersendirian itu kesedihan, sesuatu yang sedap,pahit dan manis harus dikongsi bersama untuk lagi “suwiit”. Masakan di kem BTN pula bukanlah semuanya teruk, ada kalanya yang sedap. 


Samalah juga dengan perjuangan, 
ada masa ia pahit dan ada masa ia manis  
tetapi kedua-duanya seharusnya dikongsi bersama





Tetapi harus diingat! 

Perjuangan menegakkan agama ALLAH SWT ini akan KEKAL MANIS hingga ke akhirnya dengan ganjaran yang bakal dikurniakan Allah SWT di akhirat kelak


INSYAALLAH...

Wallahu'alam

*I.Amtullah*

Sunday 25 November 2012

Pewaris Seorang Super-Duper Hero

by spreadsalam

Kisah seorang “superhero” bermula….

Kreeerrkkkk (bunyi bangku ) “Em nama saya ……,bila besar nanti saya,saya nak jadi DOKTOR!!!” Suara yang tiba-tiba “high frequency” menyebabkan burung-burung pipit yang berkicauan ditingkap kelas lari berterbangan. Kaget agaknya. Fuhh.. semangat betul dengan mata yang berapi-api, tangan digenggam, peluh dilap tatkala ingin menguar-uarkan impiannya kepada seluruh kelas. Mahu jadi doktor katanya, ahli kardiologi lebih spesifik sedangkan pada ketika itu lukis jantung pun berbentuk “love”. Ngehehe… Impian seorang kanak-kanak akan sentiasa dipandang “pure”.

Tapi, siapa doktor di mata kanak-kanak ini sebenarnya? Dirinya hanya berjubah putih, tiadapun “armor suit” seperti En Ironman namun masih tampak gah dan hebatTiadapun “special weapon” seperti “adamantium claws” yang dimiliki En Wolverine, cuma stethoscope yang  berayun di leher tapi mampu mendiagnosis kuat lemah detak jantung seolah-olah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan seseorang. Di mata kanak-kanak ini, orang berjubah putih itu seolah-olah seorang adiwira (superhero) yang menyelamatkan nyawa orang lain sama macam The Avengers.
Wah, OSEM sungguh bukan seorang doktor itu!




Nak jadi “superhero” perlu ada agenda…

Setiap adiwira mesti hadir bersama agenda tersendiri sebagaimana En Batman yang menjadi pelindung Gotham City, En Superman menggunakan kuasanya untuk bantuan kemanusiaan dan En Ultraman Dyna menumpaskan raksasa gorgon yang mengancam bumi. Maka mulalah “pop” diminda kalian apakah agenda diri anda yang sedang berlari mengejar impian? Lebih tepat lagi agenda seorang insan yang beragama Islam dalam menempuh dugaan pengajian? 

Islam itu sendiri sebenarnya menyediakan agenda hidup. Setiap ummah pasti ada agenda dan sebagai ummat rasul Allah SWT yang terakhir iaitu umat Rasulullah SAW, agenda kita ialah PERJUANGAN SEBAGAI PEWARIS RASUL. Mari kita renung-renungkan kembali agenda perjuangan rasul kita iaitu membawa manusia kepada pemilik alam (Rabb), membuka kawasan baru bagi menyampaikan dakwah imaniyah dan membebaskan manusia dari fahaman-fahaman jahiliyiah yang jijik. 

Jadi sudahkah kita memposisikan diri kita dalam merealisasikan ummah beragenda?

Nak jadi “superhero” perlu ada “superpower”…

Ramai yang mula mengeluh.. huh,,kalau saya Spiderman bolehlah guna spider-web tangkap askar Israel. Kalau saya Cyclops, dah lama saya laser saja sesiapa yang menghina Islam! Siapa kata doktor tiada superpower? Kuasa yang seorang doktor itu ada sangatlah berkuasa. We called it as PENGARUH. Seramai 72% daripada penduduk Malaysia paling mempercayai doktor mereka diikuti oleh guru sebanyak 67%, diikuti rapat oleh pensyarah sebanyak 60.4%, hakim sebanyak 51%, polis sebanyak 24% dan insan yang dikatakan paling berpengaruh yakni ahli politik hanya mencatatkan 11%. Kita mungkin tidak menyedari hal ini tetapi inilah hakikatnya. Betapa besar tanggungjawab kita terhadap ummah dan kerana itu, kita perlu akan rasa bersalah kalau kita tidak menggunakan profesion kita ke arah dakwah tarbiah. Mengajak umat Islam kembali kepada Islam dan agenda Islam. Menjadi seorang doktor mendedahkan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bukankah itu kunci kepada dakwah? Di sini kepentingan tauhid ditekankan untuk mewujudkan suasana biah yang aman. Sehingga satu tahap nanti anda mungkin akan terasa “burdened’’yang sangat kerana kerja yang berat tetapi tidak setimpal dengan gajinya. Ingatlah dengan mengadapNya, menghadiri usrah-usrah dan melakukan amal kebajikan atau dengan kata lainnya, melaksanakan "amar makruf, nahi mungkar" itulah yang akan menjadi sumber tenaga anda. 
Sumber untuk anda RECHARGE superpowers anda!





 I am ready but what is the “mission”?...

 Rasulullah membawa misi dakwah iaitu Laa ilaha ilallah yang membawa kepada pengabdian kepada Allah semata-mata. Jadi misi kita adalah aplikasi dan implikasikan agenda ini dalam kehidupan sehari-hari kita yang mana akan dapat mengelakkan kita dari segala kesusahan dan keseksaan samada di dunia dan akhirat. Maka, selagi kita di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan mesti ditentukan. Apakah misi kita? Renungkan kembali. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Cukup berbaloikah? Hmm..sayang seribu kali sayang jika tidak sedar.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
(At-Taubah:ayat 105)



Terima “mission”, maka “actions” menyelamat bermula…

Dengan ini saya mengajak anda semua untuk provokasi demi masa depan. Kita sebagai khalifah atau “superhero” perlu menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta melintas jalan seperti En Superman pernah lakukan. Namun perlu diingat, sedekah hanya sekali sekala, orang buta juga bukan setiap hari kita jumpakan. Jalan kebaikan yang paling utama adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja dijadikan sebagai ibadah, Allah adalah ‘master’ kita,
Jika kerja menjadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada NYA.

“Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamanya.
Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.”

(Al-Haj:ayat 40)


We are doing the great things (studying medicine, engineering, optometry etc).
So, why stop now..??
Why don't we do it, not in a great way but in the BEST WAY...!!!


Renungkan ini:
"Wahai bapa saudara ku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan urusan ku ini (dakwah). Aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah zahirkan kemenangannya atau aku binasa". 
–Rasulullah SAW



 Rasulullah SAW sebenarnya SUPER-DUPER hero kita dan kita adalah pewarisnya (superhero). Jadi teruskan cita-cita kalian menjadi seorang doktor yang menggalas misi melaksanakan agenda ummah. Perbetulkan agenda, laksanakan misi dan mulakan action dengan kekal bersemangat seperti kanak-kanak sebelum ini - 

“Emm nama saya .......,
bila besar nanti saya..saya..
saya nak jadi DOKTOR!!! 
Saya mahu jadi doktor untuk ummah saya!!

Itu baru superpower yang sebenar =D




*I. Amtullah*



Sunday 18 November 2012

Ar-Rahim




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Korang tahu apa maksud Ar-Rahim? Alaa…yang korang selalu ucap bismillahhirrahmanirrahim. Kan ada perkataan ‘RAHIM’ kat situ? Ar-Rahim, salah satu nama dalam Asmaul Husna yang bermaksud Maha Penyayang. 

Dan menurut ahli bahasa, Ibn Faris sendiri, apa-apa perkataan yang terdiri daripada huruf ‘ra’, ‘ha’ dan ‘mim’ membawa maksud kasih sayang, lemah lembut, sopan gemalai bahai lah! Disebabkan itu jugaklah perempuan mempunyai sifat lemah-lembut kerana perempuan mempunyai rahim. So, kalau ada lelaki yang terlebih ‘lemah-lembut’, mungkinkah mereka pun mempunyai rahim?

Dan ingat tak, dari kecil sampai besar, cikgu selalu cakap “Buat baik, nanti Allah sayang.” Tapi apa bukti yang Allah sayang dekat kita? 

Hadis riwayat Umar al-Khattab:
Bahawa dia datang menghadap Rasulullah saw. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan itu, dia langsung mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya. (Shahih Muslim No.4947)



Tiada siapa yang boleh deny kasih sayang ibu terhadap anaknya dan kasih sayang Allah lagi hebat dari itu. Kalau kita buat salah, mungkin ada ibu yang pukul dan mungkin ada yang nasihat. Tapi silap kita waktu itu, mungkin kita ketuk kepala kawan kita dengan pencil case dan mak budak tu pun mengadu dekat mak kita.

Tapi silap kita dengan Allah? Rasanya tak payah diungkapkan dengan kata-kata sebab masing-masing tahu apa silap diri sendiri dengan Allah and yet.....

..sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku..
(Sahih Muslim No. 4939)

Dan apabila kita baca tafsir Quran, kita akan nampak betapa cepatnya Allah turunkan kemurkaannya kepada kaum Tsamud, Lut dan kaum ‘Ad. Tapi kita? Umat Rasulullah SAW. Allah bagi kita masa yang saaaaaangat panjang untuk bertaubat. Tak rasa ke kita ini sangat bertuah tapi sangat sombong?



Macam mana pula dengan orang Islam yang ditindas di Palestin, Syria dan lain-lain? Semua sudah cukup menjadi bukti bahawa Allah MAHA Penyayang. Kenapa? Sebab Allah masih bagi kita masa untuk bertaubat sebelum matahari timbul dari barat. Dan Allah juga masih memberi masa bagi mereka yang menindas saudara kita untuk mencari hidayah-Nya. Dan yang paling penting sekali, Allah bagi peluang kepada kita untuk kejar syurga-Nya dengan beramal untuk agama-Nya

Bagi kita hambaNYA, kenapa kita perlu melihat setiap sudut dugaan dan cabaran yang diberikan kepada kita sebagai sesuatu yang tidak elok? Setiap perkara, setiap detik yang kita hadapi sekarang ini adalah kurniaan daripada NYA dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkan kurnian itu. Dan di sini dapat dibuktikan yang Allah itu juga bersifat Al-‘Adl.

Akhir kata, harap coretan yang diberi mampu membantu anda dalam menghadapi hidup sehari-hari.
Wallahu'alam.
Assalamualaikum.
   
 -UI-

Sunday 4 November 2012

Jangan Takut Untuk Berubah


  Bismillahirrahmanirrahim

‘Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini’



Pernah dengar kata-kata ini? Lepas kita dengar, pada masa yang sama, kita berusaha tanamkan azam walaupun sedikit untuk menjadi lebih baik kan? Namun, adakah usaha kita itu berjaya? Atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja? Hakikatnya perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Kaedah yang betul serta keazaman yang tinggi perlu ada agar kita tidak berpatah balik ketakuk yang lama. Bagaimana? Jom kita kaji!!

Bila dihati kita terdetik untuk berubah, BERUBAHLAH. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama, semangat itu akan pudar. Teringat kata-kata seorang senior waktu sekolah dahulu;  jika hati tergerak untuk melakukan amal soleh kemudian kita menangguhkannya, kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan. Jangan biarkan syaitan menguasai diri kita lagi. Niat untuk berubah adalah anugerah dari Allah.

 Selepas itu semua terpulang kepada kita sama ada nak ke tak nak. Dan ingat, jangan takut dengan apa orang lain akan cakap atau fikirkan. Itu semua sebenarnya hasutan syaitan nak tarik kita ikut dia. Kalau ada orang yang kutuk atau bersangka buruk dengan perubahan kita, memang dah sah mereka dengki dengan bakal Ahli Sorga.

‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.'
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Perubahan itu haruslah dilakukan secara berperingkat (tadarruj) agar berkekalan. Tidak perlu banyak tetapi berubahlah mengikut kemampuan. Perubahan yang sedikit dan berterusan itu lebih baik daripada perubahan yang drastik tetapi sekejap. Salah satu perubahan yang boleh dilakukan ialah menjaga solat kita. Untuk menjaga solat, benda asas yang perlu dibuat adalah solat sendirian cukup 5 waktu sehari semalam. Ini dikira perkara paling wajib kerana solat itukan tiang agama. Kalau rasa malas nak solat, buatlah yang rukun solat 13 itu sahaja. Sekejap dan mudah kan?



 Lepas dah cukup solat, tambahlah satu waktu untuk solat berjemaah sebab ganjaran dia SANGAT BESAR. Bayangkan, pahala 1 waktu berjemaah lebih daripada pahala 5 hari solat sendirian.  Apabila dah biasa, tambahlah satu per satu waktu berjemaah sampai cukup 5 waktu. Biar ambil masa bertahun, ganjarannya adalah berpuluhan tahun solat. Mengikut perkiraan matematik, pahala 2 minggu solat berjemaah 5 waktu lebih daripada pahala solat sendirian selama setahun. Wow!

‘Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak  berputus asa dari rahmat  Allah, melainkan kaum yang kafir.’
(
Surah Yusuf ayat 87)

                Kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan yang tidak kurang susah memerlukan teknik belajar yang berkesan. Salah satu teknik belajar yang kita sering dengar ialah bangun tengah malam. Selalu buat? Bila kita bangun malam untuk belajar, selitkan dengan solat tahajjud, solat taubat ataupun solat hajat. Insya-Allah, banyak ganjaran yang dijanjikan Allah. Kemudian, kita belajar dan InsyaAllah, dengan rahmat-Nya, kita akan lebih senang untuk fokus dan senang untuk memahami ilmu tersebut. 

Perkara ini mungkin menjadi masalah atau sesuatu yang berat apabila dulu, kita hanya bangun untuk belajar. Tapi kini, kita tambah pula dengan ibadah. Rakan serumah dan keluarga kita pasti tertanya-tanya akan tindakan kita. Biarkan sahaja mereka. IBADAH KITA UNTUK ALLAH SWT. Mungkin senang berkata tapi susah untuk melakukannya. JANGAN RISAU, sebaliknya CUBA DAHULU dan NIATKAN lah KERANA ALLAH SWT. Insya-Allah, akan dipermudahkan segala urusan.

Al-Fudail bin Iyadh berkata:
‘Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain.’


Jangan takut untuk berubah.
Tabahkan hati.
Kuatkan iman.
Mujahadah itu Pahit kerana,
Sorga itu Manis sangat


Untuk renungan bersama. Insya-Allah.

-nna-