Sunday, 25 November 2012

Pewaris Seorang Super-Duper Hero

by spreadsalam

Kisah seorang “superhero” bermula….

Kreeerrkkkk (bunyi bangku ) “Em nama saya ……,bila besar nanti saya,saya nak jadi DOKTOR!!!” Suara yang tiba-tiba “high frequency” menyebabkan burung-burung pipit yang berkicauan ditingkap kelas lari berterbangan. Kaget agaknya. Fuhh.. semangat betul dengan mata yang berapi-api, tangan digenggam, peluh dilap tatkala ingin menguar-uarkan impiannya kepada seluruh kelas. Mahu jadi doktor katanya, ahli kardiologi lebih spesifik sedangkan pada ketika itu lukis jantung pun berbentuk “love”. Ngehehe… Impian seorang kanak-kanak akan sentiasa dipandang “pure”.

Tapi, siapa doktor di mata kanak-kanak ini sebenarnya? Dirinya hanya berjubah putih, tiadapun “armor suit” seperti En Ironman namun masih tampak gah dan hebatTiadapun “special weapon” seperti “adamantium claws” yang dimiliki En Wolverine, cuma stethoscope yang  berayun di leher tapi mampu mendiagnosis kuat lemah detak jantung seolah-olah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan seseorang. Di mata kanak-kanak ini, orang berjubah putih itu seolah-olah seorang adiwira (superhero) yang menyelamatkan nyawa orang lain sama macam The Avengers.
Wah, OSEM sungguh bukan seorang doktor itu!




Nak jadi “superhero” perlu ada agenda…

Setiap adiwira mesti hadir bersama agenda tersendiri sebagaimana En Batman yang menjadi pelindung Gotham City, En Superman menggunakan kuasanya untuk bantuan kemanusiaan dan En Ultraman Dyna menumpaskan raksasa gorgon yang mengancam bumi. Maka mulalah “pop” diminda kalian apakah agenda diri anda yang sedang berlari mengejar impian? Lebih tepat lagi agenda seorang insan yang beragama Islam dalam menempuh dugaan pengajian? 

Islam itu sendiri sebenarnya menyediakan agenda hidup. Setiap ummah pasti ada agenda dan sebagai ummat rasul Allah SWT yang terakhir iaitu umat Rasulullah SAW, agenda kita ialah PERJUANGAN SEBAGAI PEWARIS RASUL. Mari kita renung-renungkan kembali agenda perjuangan rasul kita iaitu membawa manusia kepada pemilik alam (Rabb), membuka kawasan baru bagi menyampaikan dakwah imaniyah dan membebaskan manusia dari fahaman-fahaman jahiliyiah yang jijik. 

Jadi sudahkah kita memposisikan diri kita dalam merealisasikan ummah beragenda?

Nak jadi “superhero” perlu ada “superpower”…

Ramai yang mula mengeluh.. huh,,kalau saya Spiderman bolehlah guna spider-web tangkap askar Israel. Kalau saya Cyclops, dah lama saya laser saja sesiapa yang menghina Islam! Siapa kata doktor tiada superpower? Kuasa yang seorang doktor itu ada sangatlah berkuasa. We called it as PENGARUH. Seramai 72% daripada penduduk Malaysia paling mempercayai doktor mereka diikuti oleh guru sebanyak 67%, diikuti rapat oleh pensyarah sebanyak 60.4%, hakim sebanyak 51%, polis sebanyak 24% dan insan yang dikatakan paling berpengaruh yakni ahli politik hanya mencatatkan 11%. Kita mungkin tidak menyedari hal ini tetapi inilah hakikatnya. Betapa besar tanggungjawab kita terhadap ummah dan kerana itu, kita perlu akan rasa bersalah kalau kita tidak menggunakan profesion kita ke arah dakwah tarbiah. Mengajak umat Islam kembali kepada Islam dan agenda Islam. Menjadi seorang doktor mendedahkan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bukankah itu kunci kepada dakwah? Di sini kepentingan tauhid ditekankan untuk mewujudkan suasana biah yang aman. Sehingga satu tahap nanti anda mungkin akan terasa “burdened’’yang sangat kerana kerja yang berat tetapi tidak setimpal dengan gajinya. Ingatlah dengan mengadapNya, menghadiri usrah-usrah dan melakukan amal kebajikan atau dengan kata lainnya, melaksanakan "amar makruf, nahi mungkar" itulah yang akan menjadi sumber tenaga anda. 
Sumber untuk anda RECHARGE superpowers anda!





 I am ready but what is the “mission”?...

 Rasulullah membawa misi dakwah iaitu Laa ilaha ilallah yang membawa kepada pengabdian kepada Allah semata-mata. Jadi misi kita adalah aplikasi dan implikasikan agenda ini dalam kehidupan sehari-hari kita yang mana akan dapat mengelakkan kita dari segala kesusahan dan keseksaan samada di dunia dan akhirat. Maka, selagi kita di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan mesti ditentukan. Apakah misi kita? Renungkan kembali. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Cukup berbaloikah? Hmm..sayang seribu kali sayang jika tidak sedar.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
(At-Taubah:ayat 105)



Terima “mission”, maka “actions” menyelamat bermula…

Dengan ini saya mengajak anda semua untuk provokasi demi masa depan. Kita sebagai khalifah atau “superhero” perlu menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta melintas jalan seperti En Superman pernah lakukan. Namun perlu diingat, sedekah hanya sekali sekala, orang buta juga bukan setiap hari kita jumpakan. Jalan kebaikan yang paling utama adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja dijadikan sebagai ibadah, Allah adalah ‘master’ kita,
Jika kerja menjadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada NYA.

“Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamanya.
Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.”

(Al-Haj:ayat 40)


We are doing the great things (studying medicine, engineering, optometry etc).
So, why stop now..??
Why don't we do it, not in a great way but in the BEST WAY...!!!


Renungkan ini:
"Wahai bapa saudara ku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan urusan ku ini (dakwah). Aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah zahirkan kemenangannya atau aku binasa". 
–Rasulullah SAW



 Rasulullah SAW sebenarnya SUPER-DUPER hero kita dan kita adalah pewarisnya (superhero). Jadi teruskan cita-cita kalian menjadi seorang doktor yang menggalas misi melaksanakan agenda ummah. Perbetulkan agenda, laksanakan misi dan mulakan action dengan kekal bersemangat seperti kanak-kanak sebelum ini - 

“Emm nama saya .......,
bila besar nanti saya..saya..
saya nak jadi DOKTOR!!! 
Saya mahu jadi doktor untuk ummah saya!!

Itu baru superpower yang sebenar =D




*I. Amtullah*



2 comments: