Bismillahirrahmanirrahim
Pernah
dengar kata-kata ini? Lepas kita dengar, pada masa yang sama, kita berusaha
tanamkan azam walaupun sedikit untuk menjadi lebih baik kan? Namun, adakah
usaha kita itu berjaya? Atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja? Hakikatnya
perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Kaedah yang betul serta keazaman
yang tinggi perlu ada agar kita tidak berpatah balik ketakuk yang lama. Bagaimana? Jom
kita kaji!!
Bila dihati kita terdetik untuk
berubah, BERUBAHLAH. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama, semangat
itu akan pudar. Teringat kata-kata seorang senior waktu sekolah dahulu; “jika hati tergerak untuk melakukan amal soleh kemudian kita
menangguhkannya, kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan”. Jangan biarkan
syaitan menguasai diri kita lagi. Niat untuk berubah adalah anugerah dari Allah.
Selepas itu semua terpulang kepada kita sama
ada nak ke tak nak. Dan ingat, jangan takut dengan apa orang lain akan cakap
atau fikirkan. Itu semua sebenarnya hasutan syaitan nak tarik kita ikut dia.
Kalau ada orang yang kutuk atau bersangka buruk dengan perubahan kita, memang
dah sah mereka dengki dengan bakal Ahli Sorga.
‘Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri.'
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)
Perubahan
itu haruslah dilakukan secara
berperingkat (tadarruj) agar berkekalan. Tidak perlu banyak tetapi berubahlah mengikut kemampuan.
Perubahan yang sedikit dan berterusan itu lebih baik daripada perubahan yang
drastik tetapi sekejap. Salah satu perubahan yang boleh dilakukan ialah menjaga
solat kita. Untuk menjaga solat, benda asas yang perlu dibuat adalah solat
sendirian cukup 5 waktu sehari semalam. Ini dikira perkara paling wajib kerana
solat itukan tiang agama. Kalau rasa malas nak solat, buatlah yang rukun solat
13 itu sahaja. Sekejap dan mudah kan?
Lepas dah cukup solat, tambahlah satu waktu
untuk solat berjemaah sebab ganjaran dia SANGAT BESAR. Bayangkan, pahala 1
waktu berjemaah lebih daripada pahala 5 hari solat sendirian. Apabila dah biasa, tambahlah satu per satu
waktu berjemaah sampai cukup 5 waktu. Biar ambil masa bertahun, ganjarannya adalah berpuluhan tahun solat. Mengikut
perkiraan matematik, pahala 2 minggu solat berjemaah 5 waktu lebih daripada
pahala solat sendirian selama setahun. Wow!
‘Hai
anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat Allah, melainkan kaum yang
kafir.’
(Surah Yusuf ayat 87)
(Surah Yusuf ayat 87)
Kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan yang
tidak kurang susah memerlukan teknik belajar yang berkesan. Salah satu teknik
belajar yang kita sering dengar ialah bangun tengah malam. Selalu buat? Bila
kita bangun malam untuk belajar, selitkan dengan solat tahajjud, solat taubat
ataupun solat hajat. Insya-Allah, banyak ganjaran yang dijanjikan Allah.
Kemudian, kita belajar dan InsyaAllah, dengan rahmat-Nya, kita akan lebih senang untuk fokus dan senang
untuk memahami ilmu tersebut.
Perkara
ini mungkin menjadi masalah atau sesuatu yang berat apabila dulu, kita hanya
bangun untuk belajar. Tapi kini, kita tambah pula dengan ibadah. Rakan serumah
dan keluarga kita pasti tertanya-tanya akan tindakan kita. Biarkan sahaja
mereka. IBADAH KITA UNTUK ALLAH SWT. Mungkin senang berkata tapi susah untuk
melakukannya. JANGAN RISAU, sebaliknya CUBA DAHULU dan NIATKAN lah KERANA ALLAH SWT. Insya-Allah, akan
dipermudahkan segala urusan.
Al-Fudail bin Iyadh berkata:
‘Sesiapa
yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal
perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan
memperbaiki hubungannya dengan orang lain.’
Jangan
takut untuk berubah.
Tabahkan hati.
Kuatkan iman.
Tabahkan hati.
Kuatkan iman.
Untuk
renungan bersama. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment