Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, 27 May 2013

Jejak Pertama di Hospital



Setahun, itulah umur aku ketika pertama kali dimasukkan ke hospital kerana sakit kronik. Semenjak dari itu, hospital bagaikan rumah ke-2 buat aku. Hidup ketika itu bagaikan dikongkong, segala semua perkara yang melibatkan aktiviti fizikal boleh menyebabkan aku terlantar di katil wad, jarum di tangan, bantuan pernafasan di sebelah. Itulah rutin hidupku selama hampir 8 tahun, berulang-alik ke hospital. Tetapi itu semua berubah setelah aku kehilangan insan yang sentiasa tersenyum, sentiasa membantu, sentiasa memberi sokongan dan sentiasa mendidikku serta keluarga, insan yang menjadi tulang belakang seluruh keluarga. Aku masih terbayang akan hari aku diberitahu tentang pemergian dirinya, sahabat karibku, ayah kesayanganku.

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(Al-Anbiya : 35)

Kehidupan sesudah itu sangat sukar untuk dibayangkan, tetapi setiap kejadian yang berlaku adalah mengikut susun aturnya, PASTI ada hikmahnya. Aku semakin sembuh, ‘Abah pergi tapi ….. dengan adik makin sihat, itu pun dah cukup’. Aku terdiam ketika itu, patah segala ayat, bisu jadi mulut, terhalang airmata dari mengalir.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya: sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”
(Al-Hadiid : 22)

Namun, perjalanan hidup perlu diteruskan. Pabila umurku kini sudah menginjak 20 tahun, sebahagian besar kehidupan ketika kecilku, kehidupan ketika di hospital terutamanya, masih kekal dalam ingatan.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
(Al-Baqarah : 155)

Perbualan dengan sahabatku membuat aku terfikir bahawa aku sebenarnya tidak pernah meninggalkan suasana hospital itu. ‘Bukankah hidup ini sama seperti hospital?’, aku tenggelam dalam fikiranku sendiri.

“Dan DIA lah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang (mahu) berfikir”
(Ar-Ra’d : 3)

Kenapa kehidupan sama seperti suasana hospital? Kerana beberapa persamaan yang mudah.



Penyakit = Ujian Hidup

Jika difikirkan sedalam-dalamnya, apalah gunanya hospital, doctor, pesakit, ubat dan lain-lainnya jika tiada penyakit yang wujud di dunia ini. Samalah juga dengan ujian hidup. Apalah gunanya hidup ini jikalau tiada ujian dikurniakan ke atas kita, hambaNYA.

Pesakit = Manusia (diri kita sendiri)

Mereka yang menghidupkan hospital adalah pesakitnya, dan ia sama sahaja seperti kita yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk menghidupkan bumi ini sebagai khalifah.

Ubat = Al-Quran dan hadis

Ubat yang diberikan berfungsi untuk menyembuhkan dan menjauhi kita daripada sebarang penyakit. Ia bagaikan Al-Quran dan hadis yang menjadi petunjuk jalan untuk membantu dan mempersiapkan diri kita dalam menghadapi segala macam ujian hidup serta meningkatkan keimanan kita terhadapNya. Untuk memastikan penyakit (ujian) berjaya dirawat, ubat tersebut disertakan sekali dengan dos (pengajaran) yang bersesuaian yang mana memerlukan kita untuk sentiasa disiplin (istiqamah) dalam mengambilnya.

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”
(Riwayat Muslim)

Jururawat/Pelawat = Insan sekeliling

Ketika di hospital, dua watak ini mempunyai sesuatu persamaan iaitu kedua-duanya saling memerhati dan memastikan kedudukan keadaan kita dan selalu juga menasihati kita supaya menjaga kesihatan. Dalam realiti kehidupan, kedua-dua watak ini bagaikan insan disekeliling kita sama ada keluarga, guru, rakan mahupun orang yang kita tidak kenali. Mereka akan sentiasa menegur dan menasihati kita bagi memastikan kita sentiasa menjadi lebih baik dari yang semalam. Kewujudan mereka, lama atau sebentar, pasti ada kesannya di dalam hidup kita.

Peralatan/Teknologi = Perkara lain disekeliling

Teknologi dan peralatan di hospital digunakan bagi melancarkan pengurusan hospital, memberi keselesaan kepada pesakit, memudahkan urusan penyembuhan sesuatu penyakit. Di dalam kehidupan seharian pula, semua perkara disekeliling kita, baik alam semulajadi, meja, buku, handphone dan sebagainya adalah alat untuk membantu kita dalam semua perkara. Jika diteliti sebaiknya, alat-alat ini juga adalah hadiah daripadaNya untuk kita gunakan ke arah yang lebih baik.


Dan, akhir sekali, satu watak yang sangat penting dalam satu-satu organisasi hospital..

Doktor = Penyampai

Tugas sebagai seorang doktor tidak perlu dijelaskan kerana semua pasti sudah arif mengenainya. Melayari kehidupan seharian, sedar atau tidak, tugas doktor itu sebenarnya menyamai tugas seorang penyampai yakni orang yang lebih mengetahui tentang sesuatu perkara. Penyampaian itu pula bukan hanya terletak pada kata-kata, tetapi dari segi perbuatan juga dan penyampaian itu pula tidak hanya datang dari seorang ustaz mahupun ustazah kerana penyampaian itu boleh hadir dari sesiapa sahaja tidak mengira agama, pangkat, harta, warna kulit, bahasa dan lain-lain. Jika dijadikan perbandingan dengan realiti kehidupan kita, buat insan yang bergelar doktor atau bakal menjadi doktor, tugas mereka sebagai penyampai bagai digandakan....


“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Benar, persamaan yang dinyatakan ini hakikatnya jauh daripada realiti hidup yang sedang dan bakal kita lalui. Tetapi, ia menyedarkanku sesuatu yang tidak pernah aku faham dan susah untuk aku jelaskan mengenai dugaan dan cabaran ketika zaman kecilku . ‘Kenapa mesti aku yang dapat semua ini?’, ‘Kenapa fizikal aku tak sekuat yang lain?’, ‘Kenapa aku selalu keluar masuk hospital?’, kenapa itu, kenapa ini dan setiap persoalan kenapa itu pasti kearah yang lebih negatif  tetapi keadaan dan pengalaman ketika itu jugalah membuatkan aku berfikir sendiri pada saat ini sehingga ia membuatkanku tersedar akan jejak pertama aku di hospital secara realiti. Sehingga kini, aku masih berada di dalamnya dan akan akan kekal berada didalamnya selagi roh dibenarkan olehNYA untuk  menghuni jasad ini.



Semoga bermanfaat. JZKK. Assalamualaikum.

Sunday, 25 November 2012

Pewaris Seorang Super-Duper Hero

by spreadsalam

Kisah seorang “superhero” bermula….

Kreeerrkkkk (bunyi bangku ) “Em nama saya ……,bila besar nanti saya,saya nak jadi DOKTOR!!!” Suara yang tiba-tiba “high frequency” menyebabkan burung-burung pipit yang berkicauan ditingkap kelas lari berterbangan. Kaget agaknya. Fuhh.. semangat betul dengan mata yang berapi-api, tangan digenggam, peluh dilap tatkala ingin menguar-uarkan impiannya kepada seluruh kelas. Mahu jadi doktor katanya, ahli kardiologi lebih spesifik sedangkan pada ketika itu lukis jantung pun berbentuk “love”. Ngehehe… Impian seorang kanak-kanak akan sentiasa dipandang “pure”.

Tapi, siapa doktor di mata kanak-kanak ini sebenarnya? Dirinya hanya berjubah putih, tiadapun “armor suit” seperti En Ironman namun masih tampak gah dan hebat. Tiadapun “special weapon” seperti “adamantium claws” yang dimiliki En Wolverine, cuma stethoscope yang  berayun di leher tapi mampu mendiagnosis kuat lemah detak jantung seolah-olah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan seseorang. Di mata kanak-kanak ini, orang berjubah putih itu seolah-olah seorang adiwira (superhero) yang menyelamatkan nyawa orang lain sama macam The Avengers.
Wah, OSEM sungguh bukan seorang doktor itu!




Nak jadi “superhero” perlu ada agenda…

Setiap adiwira mesti hadir bersama agenda tersendiri sebagaimana En Batman yang menjadi pelindung Gotham City, En Superman menggunakan kuasanya untuk bantuan kemanusiaan dan En Ultraman Dyna menumpaskan raksasa gorgon yang mengancam bumi. Maka mulalah “pop” diminda kalian apakah agenda diri anda yang sedang berlari mengejar impian? Lebih tepat lagi agenda seorang insan yang beragama Islam dalam menempuh dugaan pengajian? 

Islam itu sendiri sebenarnya menyediakan agenda hidup. Setiap ummah pasti ada agenda dan sebagai ummat rasul Allah SWT yang terakhir iaitu umat Rasulullah SAW, agenda kita ialah PERJUANGAN SEBAGAI PEWARIS RASUL. Mari kita renung-renungkan kembali agenda perjuangan rasul kita iaitu membawa manusia kepada pemilik alam (Rabb), membuka kawasan baru bagi menyampaikan dakwah imaniyah dan membebaskan manusia dari fahaman-fahaman jahiliyiah yang jijik. 

Jadi sudahkah kita memposisikan diri kita dalam merealisasikan ummah beragenda?

Nak jadi “superhero” perlu ada “superpower”…

Ramai yang mula mengeluh.. huh,,kalau saya Spiderman bolehlah guna spider-web tangkap askar Israel. Kalau saya Cyclops, dah lama saya laser saja sesiapa yang menghina Islam! Siapa kata doktor tiada superpower? Kuasa yang seorang doktor itu ada sangatlah berkuasa. We called it as PENGARUH. Seramai 72% daripada penduduk Malaysia paling mempercayai doktor mereka diikuti oleh guru sebanyak 67%, diikuti rapat oleh pensyarah sebanyak 60.4%, hakim sebanyak 51%, polis sebanyak 24% dan insan yang dikatakan paling berpengaruh yakni ahli politik hanya mencatatkan 11%. Kita mungkin tidak menyedari hal ini tetapi inilah hakikatnya. Betapa besar tanggungjawab kita terhadap ummah dan kerana itu, kita perlu akan rasa bersalah kalau kita tidak menggunakan profesion kita ke arah dakwah tarbiah. Mengajak umat Islam kembali kepada Islam dan agenda Islam. Menjadi seorang doktor mendedahkan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bukankah itu kunci kepada dakwah? Di sini kepentingan tauhid ditekankan untuk mewujudkan suasana biah yang aman. Sehingga satu tahap nanti anda mungkin akan terasa “burdened’’yang sangat kerana kerja yang berat tetapi tidak setimpal dengan gajinya. Ingatlah dengan mengadapNya, menghadiri usrah-usrah dan melakukan amal kebajikan atau dengan kata lainnya, melaksanakan "amar makruf, nahi mungkar" itulah yang akan menjadi sumber tenaga anda. 
Sumber untuk anda RECHARGE superpowers anda!





 I am ready but what is the “mission”?...

 Rasulullah membawa misi dakwah iaitu Laa ilaha ilallah yang membawa kepada pengabdian kepada Allah semata-mata. Jadi misi kita adalah aplikasi dan implikasikan agenda ini dalam kehidupan sehari-hari kita yang mana akan dapat mengelakkan kita dari segala kesusahan dan keseksaan samada di dunia dan akhirat. Maka, selagi kita di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan mesti ditentukan. Apakah misi kita? Renungkan kembali. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Cukup berbaloikah? Hmm..sayang seribu kali sayang jika tidak sedar.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
(At-Taubah:ayat 105)



Terima “mission”, maka “actions” menyelamat bermula…

Dengan ini saya mengajak anda semua untuk provokasi demi masa depan. Kita sebagai khalifah atau “superhero” perlu menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta melintas jalan seperti En Superman pernah lakukan. Namun perlu diingat, sedekah hanya sekali sekala, orang buta juga bukan setiap hari kita jumpakan. Jalan kebaikan yang paling utama adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja dijadikan sebagai ibadah, Allah adalah ‘master’ kita,
Jika kerja menjadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada NYA.

“Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamanya.
Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.”

(Al-Haj:ayat 40)


We are doing the great things (studying medicine, engineering, optometry etc).
So, why stop now..??
Why don't we do it, not in a great way but in the BEST WAY...!!!


Renungkan ini:
"Wahai bapa saudara ku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan urusan ku ini (dakwah). Aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah zahirkan kemenangannya atau aku binasa". 
–Rasulullah SAW



 Rasulullah SAW sebenarnya SUPER-DUPER hero kita dan kita adalah pewarisnya (superhero). Jadi teruskan cita-cita kalian menjadi seorang doktor yang menggalas misi melaksanakan agenda ummah. Perbetulkan agenda, laksanakan misi dan mulakan action dengan kekal bersemangat seperti kanak-kanak sebelum ini - 

“Emm nama saya .......,
bila besar nanti saya..saya..
saya nak jadi DOKTOR!!! 
Saya mahu jadi doktor untuk ummah saya!!

Itu baru superpower yang sebenar =D




*I. Amtullah*



Tuesday, 30 October 2012

Where is our heart?


Bismillahirrahmanirrahim

                Kawan-kawan dah belajar pasal hati? Atau dalam bahasa lainnya, liver kan? Tapi kenapa penulis pakai heart untuk tajuk kali ini? Mana taknya, bahasa Melayu kita kan selalu gunakan, kau sentiasa di hatiku untuk you are always in my heart. Tapi lagi, adakah hati yang dimaksudkan dalam hadis yang famous, “Dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka seluruh tubuh menjadi baik dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh pun rosak” adalah liver kita? Jadi, di mana sebenarnya yang dimaksudkan dengan hati  tersebut?




                Pernah tidak rakan-rakan terfikir akan terdapat satu hati lain yang dimaksudkan dalam hadis tersebut iaitu mungkin mata hati. Di mana mata hati ini ye? Wallahu’alam. Kita selalu dengar, tepuklah dada tanyalah iman. Iman berada di dalam liver ke? Sedikit perkongsian ini mungkin dapat memberikan sikit gambaran apa sebenarnya hati ini dan kaitan dengan hadis famous itu.

Umat Islam ketika dahulu memulakan segalanya dengan tekad yang kukuh dan utuh lantas berjaya meletakkan Islam dikemuncak yakni bukan sahaja dipuncak dunia bahkan tersemat di dalam hati. Segalanya perlu bermula dari dalam iaitu dari hati kerana ia lebih kekal.  Oleh sebab itu juga, Umat Islam  dituntut menghiasi hati mereka dengan bertaqwa kepada Allah. Melalui kekuatan taqwa, mereka dapat mengubah segalanya. Menurut Imam Muslim, Nabi bersabda yang bermaksud, ‘Taqwa itu di sini (kemudian baginda menunjukkan di dadanya)’. So basically, taqwa dan hati itu bagai isi dengan kuku yang tak boleh dipisahkan.

 Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata,

“              Hati adalah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera yang mampu melaksanakan kehendaknya. Tentera ini dikenali sebagai tentera zahir dan batin. Tentera zahir adalah segala anggota badan yang dikurniakn kepada manusia. Tentera batin pula adalah nafsu shahwat dan marah, disamping ilmu, hikmah dan kebijaksanaan. Nafsu dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya. 

Justeru, hati memerlukan ilmu dan hikmah supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Ilmu yang paling mulia ialah ilmu mengenai Allah serta keagungan-Nya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Pada peringkat awal, ilmu ini diperoleh berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang itu mengenali sifat-sifat wajib, mustahil, serta harus bagi Allah. Pada tahap paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah

Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini, hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan bagi manusia di dunia dan akhirat                    ”.

Ilmu mukasyafah ialah ilmu yang lahir daripada penglihatan mata hati yang mana seseorang yang dikurniakan ilmu ini akan mengenali rahsia-rahsia  Allah secara langsung daripada Allah.




                Saidina Ali bin Abi Talib juga berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di muka bumi dan ia adalah bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling dikasihi Allah adalah hati yang paling lembut, yang paling suci dan yang paling keras. Yang paling keras bermaksud yang paling keras berpegang pada agama Allah. Maksud yang paling suci ialah yang paling suci daripada sudut keyakinan dan yang paling lembut ialah yang paling berlemah lembut kepada sahabat dan taulan. 

                Kesimpulannya, untuk memastikan hati kita sentiasa baik, kita mestilah menuntut ilmu yang dapat merapatkan diri kepada-Nya. Janganlah kita biarkan nafsu menjadi tuan kepada diri kita, tetapi tundukkan nafsu dengan hati yang baik. Penuhilah dadamu dengan ilmu, kerana taqwa hahunna (taqwa di sini).

Wallahu'alam.

-Rasul Islam-