Monday 15 April 2013

BOLEH MAKAN BERDIRI?


" TEKAK BERASA HAUS. KAKI BERJALAN LAJU MENUJU KE DESTINASI. TANGAN MENCAPAI SEBOTOL AIR MINERAL LALU MENEGUK DENGAN HABIS SEKALI GUS. SERTA-MERTA RASA HAUS ITU HILANG, AMUN PERUT BERASA SEDIKIT SENAK DAN KEMBUNG. KAKI TERUS MENGORAK MENUJU KE DESTINASI KERANA WAKTU AGAK SUNTUK. TIDAK ADA MASA UNTUK BERFIKIR APA YANG SEDANG BERLAKU DI DALAM PERUTNYA."



Makan dan minum berdiri sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita pada hari ini, bahkan ada yang melakukannya sambil berjalan atau berlari. Orang tua sering melarang kita melakukannya. Mungkin kita menganggapnya sebagai satu nasihat biasa yang tidak lebih untuk menjaga adat dan juga kesopanan. 

Memang benar, dari kaca mata adat, kelakuan ini dilihat sebagai tidak senonoh. Namun, dari kaca mata agama, Islam melarang perbuatan yang sudah menjadi amalan masyarakat kita pada zaman yang serba cepat ini. 

Dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: " Janganlah ada di antara kalian bersunggug-sungguh minum sambil berdiri, sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkannya." 

Dalam riwayat Muslim lagi, daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. melarang seseorang itu minum sambil berdiri, kemudian kami bertanya, "Bagaimana kalau makan?" Baginda berkata, "Demikian itu lebih jelik dan buruk."

Tentu sekali ada hikmahnya Islam melarang manusia melakukan perkara tersebut. Setiap perkara yang dilarang oleh Islam pasti ada hikmahnya. 


ANTARA KEBURUKAN MAKAN ATAU MINUM SAMBIL BERDIRI DARI KACA MATA KESIHATAN IALAH:

1. Apabila berdiri, saraf-saraf manusia berada dalam keadaan tegang. ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri. Ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasi dengan sistem otot termasuklah sistem saraf dalam usus (intestine).

Makan atau minum sewaktu berdiri juga boleh merangsang saraf yang boleh mengawal perut iaitu 'vagus nerve' (10th cranial nerve). Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung. Rangsangan 'vagus nerve' ini boleh menyebabkan jantung mejadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika. Bagi pesakit jantung, ia boleh membawa maut.

2. Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan luka atau 'ulcer' pada perut. Makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan 'ulcer' atau luka berlaku. Kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut. 

3. Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakan pada salur pencernaan. Apabila berdiri, makanan dan minuman akan jatuh dengan deras ke dalam salur pencernaan. Jika hal ini berlarutan, ia akan menyebabkan usus jatuh dan hilang sebahagian fungsinya.   

Kesimpulannya, makan dan minum sambil duduk lebih sihat, lebih selamat dan lebih sopan kerana apa yang diminum atau dimakan seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut. Wallahua'lam.


INFO SISI :
                    
                  Kajian doktor: Apabila duduk, saraf berada dalam keadaan rehat dan tidak menegang. Ini dapat memberikan ketenangan sehingga badan kita bersedia untuk menerima makanan dan minuman dengan selesa serta teratur.  

TEKS: DR. FARHAN HADI MOHD TAIB (LULUSAN PERUBATAN UNIMAS)
            PENGARANG NOVEL DENYUT KASIH MEDIK DAN KUTEMU CINTA-NYA

SUMBER: MAJALAH GEN-Q (ISU NO.6) - MIX-MEDIK

Sedikit perkongsian yang simple. Semoga bermanfaat untuk kita. Sama-sama kita amalkan dalam kehidupan seharian. Have a nice day!!! Wassalam.





Thursday 4 April 2013

SEDEKAH


Bismillahirrahmanirrahim...


Firman Allah S.W.T. :

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."

Surah Al-Baqarah [2:261]

Dalam satu tazkirah yang saya pernah hadiri, ada dibincangkan mengenai sedekah. Sekadar perkongsian kepada yang baru mendengar dan peringatan bersama bagi yang sudah mengetahui :)

Antara yang menarik dalam tazkirah tu:

1) Dermalah RM 1, tak perlu tunggu RM 10-kadang-kadang kita malu nak masukkan duit syiling dalam tabung, tapi kalau hanya itu yang kita termampu, tak ada salahnya. kita menderma dan bersedekah bukan untuk ditunjukkan kepada manusia tapi kerana Allah.


2) Menderma dan bersedekah tidak akan menjadikan seseorang tu miskin- sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2, ayat ke 261, sudah dinyatakan bahawa Allah akan melipatgandakan rezeki bagi siapa yang menginfakkan harta dijalan Allah, termasuklah menderma dan bersedekah. 

Pernahkah sahabat-sahabat dengar ada orang miskin disebabkan bersedekah? Tak pernah kot. Biasanya, kita dengar orang akan jadi miskin sebab orang tu kaki arak, kaki judi, kaki perempuan, kaki botol dan segala kaki lagi..tapi kita tak dengar lagi orang yang menderma dan bersedekah jadi miskin..kenapa ek? orang yang bersedekah guna tangan kot time dia bersedekah....heee:)


Tak semestinya kalau kita bersedekah kita akan dapat banyak duit sebagai ganjarannya. Mungkin juga dalam bentuk lain seperti dipermudahkan dalam urusan kita dan sebagainya. 

Firman Allah S.W.T :

" Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

Surah At-Talaaq [65:2-3]

Bersedekah pula tak semestinya duit semata-mata. Ada pelbagai bentuk sedekah yang kita boleh lakukan. Buatlah apa yang termampu bagi kita.


Sama-samalah kita memperbanyakkan sedekah. Jangan menuggu Ramadhan yang bakal tiba baru kita memperbanyakkan sedekah. Insya-Allah sedekah ini boleh menjadi saham kita diakhirat nanti.