Thursday 4 April 2013

SEDEKAH


Bismillahirrahmanirrahim...


Firman Allah S.W.T. :

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."

Surah Al-Baqarah [2:261]

Dalam satu tazkirah yang saya pernah hadiri, ada dibincangkan mengenai sedekah. Sekadar perkongsian kepada yang baru mendengar dan peringatan bersama bagi yang sudah mengetahui :)

Antara yang menarik dalam tazkirah tu:

1) Dermalah RM 1, tak perlu tunggu RM 10-kadang-kadang kita malu nak masukkan duit syiling dalam tabung, tapi kalau hanya itu yang kita termampu, tak ada salahnya. kita menderma dan bersedekah bukan untuk ditunjukkan kepada manusia tapi kerana Allah.


2) Menderma dan bersedekah tidak akan menjadikan seseorang tu miskin- sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2, ayat ke 261, sudah dinyatakan bahawa Allah akan melipatgandakan rezeki bagi siapa yang menginfakkan harta dijalan Allah, termasuklah menderma dan bersedekah. 

Pernahkah sahabat-sahabat dengar ada orang miskin disebabkan bersedekah? Tak pernah kot. Biasanya, kita dengar orang akan jadi miskin sebab orang tu kaki arak, kaki judi, kaki perempuan, kaki botol dan segala kaki lagi..tapi kita tak dengar lagi orang yang menderma dan bersedekah jadi miskin..kenapa ek? orang yang bersedekah guna tangan kot time dia bersedekah....heee:)


Tak semestinya kalau kita bersedekah kita akan dapat banyak duit sebagai ganjarannya. Mungkin juga dalam bentuk lain seperti dipermudahkan dalam urusan kita dan sebagainya. 

Firman Allah S.W.T :

" Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

Surah At-Talaaq [65:2-3]

Bersedekah pula tak semestinya duit semata-mata. Ada pelbagai bentuk sedekah yang kita boleh lakukan. Buatlah apa yang termampu bagi kita.


Sama-samalah kita memperbanyakkan sedekah. Jangan menuggu Ramadhan yang bakal tiba baru kita memperbanyakkan sedekah. Insya-Allah sedekah ini boleh menjadi saham kita diakhirat nanti. 

    

No comments:

Post a Comment