Sunday 27 January 2013

You’re a Man!!!


Bismillahirrahmanirrahim.


Hiasan semata-mata
Aku tersenyum seorang sambil melihat facebookku. Bukannya apa, gambar-gambar masa zaman muda dan comel dulu baru diupload. Bila fikir balik, banyak juga aku dah berubah sejak usia semakin bertambah ini. Semakin matang mungkin. Hoho. 

Nak kenang balik, aku dulu, takdelah nak kata baik sangat. Sejak memasuki sekolah berasrama, aku banyak berubah. Waktu itu solat dah cukup, hari-hari baca quran, puasa sunat Isnin dan Khamis dan macam-macam lagi lah. Bukannya apa, sebab suasana di sekolah asrama kan lain. Lagi-lagi sekolah asrama di serambi Mekah. Peghhh, waktu berada di sekolah asrama adalah antara waktu-waktu paling bahagia dalam dunia ini. Sumpah! 

Cuma, kadang-kadang waktu balik ke rumah masing-masing, adalah juga tergelincir satu dua, tapi tak banyak pun. Al-maklumlah, suasana rumah dan asramakan lain. Keadaan 'terlebih kondusif’ untuk melagha, internet UniFi yang memanggil macam syaitonirajim. Fuuuh, tak akan aku lepaskan peluang ini untuk mengqadha segala yang tertinggal di asrama. Tapi selepas beberapa lama, aku mula berfikir, aku ini munafik ke macam ini? Kalau di asrama bukan main baik lagi solat berjemaah. Tapi kalau di rumah…. 

Sampailah pada suatu hari, aku dapat tawaran untuk sambung belajar di My Special University. Special bukan sebab apa, sebab sejak dari itu, kehidupan aku mula lebih terurus dan bak kata Joseph Rudyard Kipling dalam poem “If” yang kita belajar time SPM, - You’ll be a Man -. Sebab itulah aku terasa semakin matang. Hoho.

 Segalanya bermula selepas cuti raya Aidilfitri. Sebenarnya kami dah lama berkenalan dengan dia, waktu pertama kali berjumpa dengan dia adalah BBQ yang diadakan di tepi jalan hostel kami. Ramai juga kereta yang lalu-lalang kat tepi jalan, nasib baik takde polis datang menahan kami. Hehe. Waktu mula berkenalan, dia jenis pendiam sikit, jadi setiap perkataan dia umpama mutiara berharga 1 lakh keluar dari mulut. Gaya pun lek lek selamba je.


Oleh sebab itu, kami terasa sangat senang dengan dia, tambahan dia memang seorang yang penyayang dan baik. Setiap minggu dia akan datang ke surau kami sambil membawa makanan. Wah! Walaupun makanan ringan je macam roti dan air, tapi yelah, waktu zaman foundation dulu guwe kesempitan uang. Itu yang rasa macam rezeki mai dari langit melimpah-limpah. Kadang-kadang abang itu datang ke hostel kami dan belanja kami minum di restoran bawah, saja-saja sementara menunggu isterinya. Banyak kami borak dengan dia, dari hal ekonomi tentang fractional reserve ke hal agama dan macam-macam lagi. Gaya dia yang tenang dan ramah buat kitorang sangat senang dengan dia.

Cuma yang sedihnya, kadang-kadang sekali lagi, pabila waktu cuti menjelma, aku  terporosok dalam lubang pertahanan  kuno ( Baca: DOTA) yang menghasilkan subuh dinosaur. Aku mula merasakan diri ini macam munafik sekali lagi. Waktu hari sekolah, ada juga kekuatan untuk pergi solat berjemaah isyak di surau. Tapi kalau di rumah, harapan je lah nak pergi, tambahan pula surau tak berdekatan kawasan rumah aku. Tempat terdekat solat jemaah adalah di masjid.

                Selepas dalam 3 bulan berjumpa dengan abang itu setiap minggu, pada suatu hari dia ajak kitorang untuk pergi ke Sunway Pyramid. Wah, ingatkan dia nak belanja main ice skating sekali! Rupa-rupanya, kitorang pergi ke masjid di seberang Sunway Pyramid, ada miscommunication sikit. Hehe. Kebetulan waktu kami tiba, ada beberapa orang abang-abang dari Universiti Penuh Misteri dan kakak-kakak turut serta sekali. 

Katanya, ini adalah sedikit konferens riang kecil-kecilan dan banyak persoalan kitorang akan terjawab di sini. Pengalaman pertama di konferens riang adalah sangat OSEM! Walaupun beberapa kali tersenguk, tapi banyak benda yang kitorang dapat, termasuk gula-gula kopiko. Antaranya adalah tentang tujuan hidup kita. Tentang bagaimana Islam sangat hebat sampai orang kafir sanggup duduk di bawah sistem Islam yang menguasai 2/3 dunia dan macam-macam lagi.

Balik dari konferens itu, baru aku faham, kenapa diri aku kadang-kadang tergelincir dan kadang-kadang mantop. Sebab iman itu sentiasa naik dan turun kan macam ECG lah *Uhuk uhuk*. Walaupun iman itu sentiasa naik dan turun, mesti ada certain tahap resting membrane potential dimana iman kita akan turun, tapi tak rendah sangat sampai tinggalkan perkara wajib. Dan tahap iman ini memerlukan dua perkara penting iaitu suasana persekitaran dan support system.

Disebabkan itu, kedatangan abang itu dalam hidup aku sangat bermakna sepanjang pengajian aku di My Special University. Kedatangan abang itu telah menimbulkan suasana yang islamik dan menjadi pembimbing kami, iaitu support system kami secara tak langsung. Dia adalah guru kami, bapa kami, rakan kami dan ustaz kami. Tanpanya, mungkin aku tak akan faham apa ertinya aku menganut Islam, dan mungkin imanku sedang nyenyak tidur macam snorlex. Tak tahulah bagaimana kehidupanku tanpa tarbiyah. Terima kasih atas sentuhanmu ya murabbi! 
V For Peace





Sunday 20 January 2013

Menakluk Manusia Dengan CINTA



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,

Suatu hari itu,saya buka facebook,serius saya suka buka facebook,sebab apa tau,sekarang facebook bukanlah setakat laman sosial,tapi sudah boleh dijadikan laman dakwah. Setuju tak? Macam biasalah,bila buka facebook saya suka tengok status yang orang-orang post,macam-macam ,nasihat,berita,cerita,derita dikongsikan dan yang paling penting check 'notification' kan? Pada hari itu, saya ada dapat satu notification yang kawan saya post, membuatkan saya terdiam dan hati saya berkata,"sangat betol!" iaitu,

"Ustadz al-Banna menyatakan: nahnu nuqaatil an naas bil hubb(Kita menaklukan manusia dengan cinta)"

MENAKLUK MANUSIA DENGAN CINTA.Sangat mendalamkan ayat ni? Yelah,selalunya kita dengar orang menakluk manusia dengan politik,ekonomi atau kuasa yang ada ditangan mereka dan selalunya oleh mereka-mereka yang berkuasa dan bergelar pemimpin.Tapi percaya tak, tukang sapu sampah pun boleh menakluk manusia,dengan syarat,gunakan  KUASA CINTA itu. Kenapa cinta? Kerana ia terdiri daripada kasih dan sayang iaitu satu perasaan atau kuasa terhebat yang dianugerahkan Allah untuk setiap hambanya.Pernah dengar tak orang kata,
 
 
"Kuasa kedua terbesar didunia selepas kuasa Allah adalah Kasih Sayang."


Emm hebat sangat ke kasih sayang tu sampai boleh takluk manusia? Tak percaya? Tengok je lah filem-filem atau cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen, 98% berkisarkan cinta.Lagu-lagu yang disiarkan di radio,lirik-liriknya semua berdasarkan cinta. Novel-novel,semuanya mesti ada elemen cinta kan?kalau takda cinta tu orang takkan tertarik sangatlah. Kalau kes-kes remaja yang runtuh akhlaknya pula,jika ditanya mana-mana atau jawapan wajib dalam karangan budak-budak sekolah mesti letak faktor kurang kasih sayang ibu bapa. Nampak tak permainannya di situ? Betapa hanya kerana kurang kasih sayang tu,boleh merubah seorang manusia itu untuk menjadi seorang yang tidak bermoral. 

     Novel Ramlee Awang Murshid sebagai novel thriller no 1 di Malaysia,filem Twilight,Hunger Game,kesemua cerita aksi, tapi tetap diselitkan elemen cinta antara manusia kerana kuasa cinta itu sendiri. Taj mahal pula,ianya hanya dibina seindah itu sehingga menjadi tempat wonders of the world hanya kerana sejarahnya yang dibina atas nama cinta seorang suami kepada isterinya.

Itulah bukti kuasa cinta.Manusia sentiasa inginkan kasih sayang kerana hanya dengan itu mereka akan merasa dilindungi,dijaga,dibelai dan dibantu jika punya masalah.Ia suatu yang sangat halus tapi sangat hebat! Kehangatan cinta itu jugalah yang boleh membuat manusia gila dan berubah dalam sekelip mata. Jadi apa lagi? Jom guna kuasa yang sudah memang ada dalam fitrah manusia ini untuk menakluk manusia lain mengikut kita berbuat kebaikan! Kita yang harus mula menyayangi mereka, tapi macam mana?
 
Salah satu caranya adalah dengan meletakkan diri mereka sebelum diri kita sendiri, iaitu mementingkan diri mereka, sama seperti kita mengamalkan ithar, tapi ingat, sikap ithar ini hanya terhad kepada perkara luar ibadah. Contohnya, macam kita bagi ayam ketul lebih besar kepada dia supaya dia lebih kenyang dan bahagia. Atau rakan kita itu datang menumpang di rumah kita, adalah menjadi ithar jika kita bagi bilik yang paling selesa kepada mereka. Cara lain pula, dengan sering bercakap-cakap dengannya dan berkongsi cerita untuk merapatkan ukhuwwah itu dan cuba untuk buat mereka merasa gembira, contohnya dengan beri hadiah hari jadi.
 
 
"Saling memberi hadiah antara kalian, nescaya kalian akan saling mencintai."
HR. Al-Bukhari  




Satu lagi! Jangan malu untuk memberitahu mereka bahawa kita sayang pada mereka. Haaaa ini sunnah Rasulullah tau! Ada satu cerita di Gaza, dimana seorang perempuan bukan muslim ini pergi ke Gaza, tiba-tiba ada seorang budak datang kepadanya dan memberitahu "Saya sayang pada kamu". Dia terkejut dan tahulah bahawa itu adalah sunnah Rasulullah untuk memberitahu kasih dan sayang kita pada orang jika kita menyayanginya. Sangat terharu dengan perbuatan itu, lantas perempuan itu memeluk Islam hanya kerana sunnah Nabi ini.


        Tunjukkan kepada mereka bahawa kita sayangkan mereka dengan niat untuk permudahkan urusan kita dalam mengajak mereka ke arah kebaikan.Insha Allah jika kita menyayangi mereka dengan ikhlas dan kerana Allah,mereka akan tersentuh dan akan cuba membalasnya dengan menyayangi kita pula. Fitrah manusia juga apabila menyayangi seseorang itu,sedikit demi sedikit akan ikut cara orang yang disayanginya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

       Selalunya orang bila tak sanggup atau tak mampu nak tegur seseorang atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu,mereka kata cukuplah mereka dengan melakukannya dengan hati atau hanya mampu berdoa. Ia satu perkara yang sangat baik, tapi sanggupkah kita melihat mereka terus dalam jalan yang masih tidak  lurus? Sebenarnya apabila kita sudah saling menyayangi,mudahlah kita untuk mengajak mereka melaksanakan amar makruf nahi mungkar,nasihat yang kita beri juga akan diterima dengan hati terbuka. Percayalah~ Kasih dan sayang yang terjalin itu sangatlah suci dan hebat,insha Allah tidak akan mereka kotorkan dengan marah atau merajuk.
 
"Para penyayang itu akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.Sayangilah oleh kamu sekalian makhluk yang ada di bumi,niscaya akan menyayangi kamu, sekalian makhluk yang ada di langit."
-HR. Abu Daud dan At-Tarmidzi


Kepada mereka yang merasa disayangi oleh orang-orang sekeliling,janganlah pulak ada pemikiran seperti "alah,diorang saje je nak baik-baik dengan aku,sayang aku,bagi hadiah,sebab nak aku ikut diorang buat baik la tu." Jangan biarkan ego menguasai anda.Tahu tak kalau kita dikelilingi orang-orang baik dan beriman,itu sebenarnya rancangan Allah! MashaAllah tabarakallah..bukankah Allah itu maha teliti dan bijaksana. Sengaja Allah letakkan kita dikalangan orang baik kerana Allah inginkan kita untuk jadi baik dan beriman seperti mereka! Allah ingin kita bersamanya di Syurga dalam kehidupan selepas ini. Itulah sebenarnya cara Allah menzahirkan cintanya kepada kita. Dengan menggerakkan hati orang sekeliling untuk menyayangi kita kerana Allah adalah pemilik hati yang berhak Dia ubah.

Jom takluk manusia melalui cinta! Cairkan hati mereka dengan cinta kita. Berikan kasih dan sayang kita pada mereka. Belajar untuk menyayangi mereka kerana  Allah dan sentiasa lah berlemah lembut dengan mereka.  Walaupun ia mungin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, usahalah. Bukan kah ia lebih baik daripada hanya melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu dengan hati selama-lamanya. Cubalah, melalui pengalaman saya sendiri, ia sangat berkesan!
p/s : Pastikan cinta yang syariah compliance =)
 
 
-GDK-

Sunday 13 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 2



 


Seusai solat jamaah, mereka berdua berjalan bersama-sama ke bilik mereka. “Kau sebelum solat tadi nak tahu kan apakah yang dimaksudkan kosong?” tanya Bunyamin mula membuka bicara. Alif hanya mengangguk dengan mukanya serius untuk mendengar. “Kosong ini, contohnya adalah mereka yang tak berani dan tak kuat.”


“Maksud kau, orang Islam kena selalu pergi gym la ke baru tak jadi kosong?” , soal Alif sambil berkerut dahinya.



“Hahaha, takda lah sampai macam itu. Maksud berani dan kuat kat sini adalah orang Islam yang sanggup berkorban, kuat dalam menahan nafsunya dan bercita-cita tinggi. Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini, nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa dalam sejarah kemanusiaan”, balas Bunyamin sambil tersenyum melihat  rakannya.


“Hmmm, tapi benda ini kau fikir sendiri ke pasal kosong ini?”, kata Alif. “Takdalah, ini adalah berdasarkan apa yang Amir Syakib Arsalan, seorang Ulama’ dari Lebanon. Waktu kejatuhan khalifah, beliau telah ditanya oleh ramai orang dari seluruh dunia, dari Morocco sampailah ke Jawa, tentang apa diorang kena buat. Ada di antara mereka bagi cadangan untuk buat Muktamar Islam, ala-ala macam OIC atau melantik seorang khalifah. Tapi syeikh ini dengan selambanya jawab ; kita wajib memulakan usaha dari bawah dengan mendidik individu ; Terus ditolak bulat-bulat cadangan itu.”


“Tapi kenapa syeikh itu tak bersetuju dengan cadangan-cadangan bernas tuh? Lagi-lagi kalau orang sendiri minta nak diadakan khalifah balik”, Alif mula berasa pelik. 

Jawapan syeikh itu senang dan sangat logik ; apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri, dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi ; Lepas itu beliau tanya, adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong? - Bunyamin.

Jadi macam mana kita nak bertambah nilai dari kosong?” Alif kebingungan. “Imam Malik rahimahullah menyatakan, tidak akan terhasil ummat yang unggul sebagaimana generasi pertama, melainkan melalui proses sebagaimana generasi pertama dihasilkan.” Kata Bunyamin yang kini sedang mengemas mejanya.


“Macam mana kita nak samakan diri dengan generasi pertama, Rasulullah SAW kan dah wafat”, kata Alif. “Betul tuh, tapi kau kena tahu, kenapa Rasulullah diturunkan di bumi Arab specifically? Kenapa tak turun di bumi lain?” , Bunyamin bertanya kepada Alif.

Alif mengangkat bahu. “Rasulullah diturunkan untuk mengingati kaum yang lupa. Sebab sebelum Rasulullah SAW, orang-orang di Mekah adalah pengikut Nabi Ismail a.s. Tapi lepas satu tempoh yang sangat panjang tiadanya nabi, itulah berlakunya jahiliyyah dan berhala dekat Kaabah. Jadi Rasulullah datang untuk memperingati tentang Allah, syurga neraka dekat orang yang nenek-moyangnya pernah dengar satu masa dahulu ” , terang Bunyamin.

“Ok, jadi apa kaitan dengan zaman ini sekarang?” , kata Alif. “Rasulullah SAW adalah seorang murabbi. Itulah yang kita perlukan pada zaman ini untuk tambah nilai dari kosong.”


“Murabbi? Apa itu murabbi?” - Alif


 “Murabbi itu, nantilah aku cerita. Dah lewat dah ini, jom pergi main futsal, lama pula yang lain menunggu nanti ”, kata Bunyamin sambil bersiap untuk turun ke court futsal. 

-V For Peace-



Saturday 5 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 1




Alif yang baru balik dari outing terus merebahkan badan ke katil rakannya, Bunyamin. Mereka berdua adalah kawan baik sejak mendaftar masuk ke Kolper (baca: kolej persediaan) di bawah tajaan kerajaan. Alif boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang senang kerana berasal daripada keluarga doktor dan dia juga berkawan rapat dengan Bunyamin walaupun Bunyamin hanya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana sahaja di Pahang. Mereka berdua merupakan roommate dan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas dua tahun persediaan.

“Fuh, penat betul hari ini. Tak sangka ramai pula orang dekat Elo-elo hari ini. Ramai sangat orang pergi melawat booth Palestin tadi. Kenapa kau tak ikut tadi? Kau kan semangat bab-bab ini.” Alif melepaskan lelahnya sambil meneguk air Coca-colanya. Bunyamin membalas, “Bestnya! Aku ada kerja tadi. Itu yang tak dapat ikut kau. Sorry. Tadi ada apa yang menarik?

“Tadi ada kutipan derma, talk sikit dari selebriti negara kita dan adalah sedikit video pasal kehidupan saudara-saudara kita kat sana. Tapi video itu aku dah pernah tengok hari itu time tayangan video yang kau buat. Aku masih menangis setiap kali tengok video itu. Entah kenapa sampai sekarang isu Palestin masih belum selesai”, Alif meluahkan perasaannya kepada Bunyamin.


“Alhamdulillah, bagus kau masih ambil kisah pasal saudara-saudara kita di sana. Insya Allah kita masih lagi dikira sebagai umat Nabi Muhammad SAW selagi kita masih ambil berat pasal keadaan saudara kita ini. Isu ini bermula sejak tahun 1948 lagi sampailah sekarang, 2013. Umat ini dah menjadi seperti apa yang Rasulullah bersabda , umat Baginda akan menjadi lemah dan dikerumuni oleh musuh-musuh seperti makanan kerana umatnya berpenyakit. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati (wahan). Bak kata Pudge, ‘Fresh meat!’” balas Bunyamin sambil tekun menyiapkan assignmentnya.

“Hahaha. Apalah kau ini masuk Dota pula. Aku serius boleh lak kau buat lawak. Tapi Alhamdulillah pemerintahan Mesir sekarang dah berubah di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin. Insya Allah tak lama lagi Palestin akan bebas, aku yakin!” kata Alif yang kini duduk di bucu katilnya selepas membuang botol air coca-cola.

“Hehe, mungkin betul juga Palestin akan terbebas melalui Mesir. Sekarang dah mula nampak sinar-sinar pertolongan Allah. Tapi kau kena tahu, ini adalah perjuangan umat Islam, bukan hanya perjuangan sebuah negara. Israel itu sendiri adalah World Order. Banyak negara takut dengan Israel dan tak mampu untuk melawan Israel walaupun Israel terang-terang melanggar resolusi PBB dan tidak berperikemanusiaan. Produk Israel pun bersepah di pasaran. Diorang memang IMBA(Baca : imbalance).” tegas Bunyamin yang dah berhenti dari membuat kerjanya. 



“Tapi apakan daya, kita kat sini jauh, paling kuat pun bagi sumbangan duit tiap kali ada kutipan derma dan doa untuk mereka. Kita ini muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Sekarang kita fokus belajar dulu. Betul dop?” Alif cuba menyedapkan hatinya. “Insya Allah, usaha kita untuk Allah akan dibalas oleh-Nya. Kalau kau nak tahu, umur kita ini sangat singkat. Waktu umur kita sekarang ini, dah wujud pemuda-pemuda yang hebat dalam Islam macam Muadz bin Jabal, Sultan Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain. Ke mana hilangnya pemuda-pemuda macam itu zaman ini?

Alif duduk bertentangan Bunyamin yang sedang berehat di katilnya, “Kau mana boleh samakan sahabat dengan zaman ini. Tak sama. Zaman itu ada Rasulullah SAW. Diorang dapat didikan Rasulullah SAW direct. Zaman sekarang ini susah nak cari orang yang sama macam sahabat.”

“Kalau macam itu, Salahuddin Al-Ayubi macam mana? Beliau tak hidup pada zaman Rasululullah SAW. Guane? Sama juga macam Sultan Muhammad Al-Fatih. Sebenarnya, zaman kegemilangan Islam adalah selepas kewafatan baginda. Tentera Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik raja. Itulah apa yang kita kena buat.” Kata Bunyamin sambil tersenyum.


“Jadi, apa yang kita kena buat?” , tanya Alif sambil berkerut dahi. “Kita kena tambah nilai kita dari kosong ke digit lain. Satu ke, dua ke, tiga ke dan apa-apalah selain kosong. Sebab musuh-musuh Islam tak akan pernah takut dengan kita yang kosong ini. Biarlah berjuta kosong sekalipun berkumpul, nilainya tetap tidak signifikan, tak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Islam, tak mampu untuk membebaskan Palestin.” terang Bunyamin.


Apa maksud kosong ini sebenarnya? Alif cuba untuk mencari kebenaran. “Nanti aku sambung, kita pergi solat Jemaah dulu jom.” Dua sahabat itu berjalan ke arah laungan azan dari surau kolej mereka. 
 
BERSAMBUNG
V For Peace




Tuesday 1 January 2013

Pssstt , saya ada benda nak cakap dengan awak

Bismillah…..

Ada orang kata , "Nak sabar pun ada tahap dia, kita ini bukannya nabi nak sabar sampai macam itu""Dia memang lagi jahat dari Abu Jahal, memang padan muka dia kena sembur".


Dua coretan sebelum ini banyak ditekankan pasal kesabaran dalam berkawan. Tapi macam mana kalau kawan kita memang melampaui batas sampai ke tahap wajib tegur? Apa yang kita kena buat? Tegur jela. Adakah sesenang itu sahaja kita menegurnya? 


Maka dengan sebab rahmat dari Allah(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.....
(Ali imran : 159)


 

Untuk memulakan teguran, kita mestilah menunjukkan yang kita sayang dia, dan bukan tegur hanya sebab ego semata-mata. Tidakkah kita sedar, bahawa Iblis yang pernah menjadi penghulu para Malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, "Ana khairu minhu," maksudnya "Aku lebih baik daripada dia!". Disebabkan ego, Iblis dilaknat oleh Allah dan sekali gus dicampakkan ke neraka. Sebab itu, dalam berkawan ini, serendah-rendah tahap adalah berlapang dada. Tanpa berlapang dada, perasaan ego akan mula menebal dan berkarat dalam hati kita macam besi berkarat. Adakah ini yang dimaksudkan friends till jannah?

Selain itu, salah satu cara lain adalah dengan pujian. Manusia itukan suka pada pujian. “Ya Allah, baguslah engkau pada hari ini” ,  atau apa-apa yang sesuai dengan keadaan. Cuma, pastikan itu adalah pujian, bukan sindiran. Situasi macam ini tak ubah macam seorang guru di dalam kelas. Bila cikgu cakap “Diam!!!!!”, makin bising satu kelas tu, tapi bila cikgu cakap “Hah, kenapa tak bercakap? Cakaplah banyak-banyak. Cikgu dah bagi bercakap, tak ada orang pun nak bercakap!”. Cuba bayangkan kalau orang yang ditegur itu jenis keras kepala dan ego, dari hati dia baru nak berubah ke arah lebih baik dan rajin, terus tak jadi. 

"Takpalah, saya cuma mampu menegur dengan hati, apakan daya"


Mengubah dengan hati walaupun selemah-lemah iman, alhamdulillah masih ada iman dalam diri kita. Maksud mengubah dengan hati adalah kita sedar perbuatan itu tak elok, cuma kita belum lagi mendapat kekuatan untuk menegur. Jadi, kita akan sentiasa berasa perkara itu tak patut dan sedikit pun tak redha dengan perbuatan itu. Bukan dengan hanya berkata "Ah biarlah dia, kubur lain-lain nanti". Tapi, kita jangan lupa pula tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Kerana akan tiba satu hari di mana si Abu akan memanggil rakannya si Ahlul Jannah, untuk meminta pertolongannya! Dan mungkin juga menarik rakannya yang lain untuk ke seburuk-buruk tempat kembali.



"Dan wahai kaumku! Sesungguhnya aku benar-benar khuatir terhadapmu akan (siksaan) hari panggil-memanggil" 
(Al-Ghafir : 32)


Tapi, teknik-teknik di atas adalah untuk menegur yang sejantina dahulu. Sebaik-baiknya seorang Adam itu perlulah menegur melalui rakan Hawa tu. Guna cara halus dulu, kalau tak jadi, barulah ditegur direct, tapi janganlah direct sangat. Biar kaum Hawa yang lebih memahami untuk buat kerja-kerja ini.

Saya sememangnya sangat bangga terutama sekali apabila remaja sendiri merebut untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kita semua nak menuju untuk menjadi Ustadziatul Alam(world order) macam Barat tu. Siapa lagi kita nak berharap selain bakal-bakal pemerintah Negara ni? Atau kita nak tunggu dan bersorak "Yay! Islam dah menang" nanti?
 
Tapi kalau-kalau kena hambur di akhirnya, janganlah putus asa. Baru kena sound sikit, dah rasa kena campak dalam gaung. Tak apa, kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk nasihatkan dia, segalanya selepas itu, diserahkan kepada Allah. Cuba kita muhasabah diri kita sama ada kita menegur sebab kasih dekat dia, atau nak cari kelemahannya?

“Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka, tetapi (berkewajiban) untuk mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa.”         
(Surah Al-An’am : 69)

Akhir kata, harap coretan yang diberi mampu membantu anda dalam menghadapi hidup sehari-hari.     
  -UI-