Seusai solat jamaah, mereka berdua berjalan bersama-sama ke bilik mereka. “Kau sebelum solat tadi nak tahu kan apakah yang dimaksudkan kosong?” tanya Bunyamin mula membuka bicara. Alif hanya mengangguk dengan mukanya serius untuk mendengar. “Kosong ini, contohnya adalah mereka yang tak berani dan tak kuat.”
“Maksud kau, orang
Islam kena selalu pergi gym la ke baru tak jadi kosong?” , soal Alif sambil
berkerut dahinya.
“Hahaha, takda lah
sampai macam itu. Maksud berani dan kuat kat sini adalah orang Islam yang
sanggup berkorban, kuat dalam menahan nafsunya dan bercita-cita tinggi. Orang yang
hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini,
nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut
oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa dalam sejarah
kemanusiaan”, balas Bunyamin sambil tersenyum melihat rakannya.
“Hmmm, tapi benda ini
kau fikir sendiri ke pasal kosong ini?”, kata Alif. “Takdalah, ini adalah berdasarkan apa yang Amir Syakib Arsalan, seorang
Ulama’ dari Lebanon. Waktu kejatuhan khalifah, beliau telah ditanya oleh ramai
orang dari seluruh dunia, dari Morocco sampailah ke Jawa, tentang apa diorang
kena buat. Ada di antara mereka bagi cadangan untuk buat Muktamar Islam,
ala-ala macam OIC atau melantik seorang khalifah. Tapi syeikh ini dengan selambanya
jawab ; kita wajib memulakan usaha dari bawah dengan mendidik individu ; Terus
ditolak bulat-bulat cadangan itu.”
“Tapi kenapa syeikh itu
tak bersetuju dengan cadangan-cadangan bernas tuh? Lagi-lagi kalau orang
sendiri minta nak diadakan khalifah balik”, Alif mula berasa pelik.
“Jawapan syeikh itu senang dan sangat logik ; apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri, dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi ; Lepas itu beliau tanya, adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?” - Bunyamin.
“Jadi macam mana kita nak bertambah
nilai dari kosong?” Alif kebingungan. “Imam
Malik rahimahullah menyatakan, tidak akan terhasil ummat yang unggul
sebagaimana generasi pertama, melainkan melalui proses sebagaimana generasi
pertama dihasilkan.” Kata Bunyamin yang kini sedang mengemas mejanya.
“Macam mana kita nak samakan diri dengan generasi pertama, Rasulullah SAW kan
dah wafat”, kata Alif. “Betul tuh,
tapi kau kena tahu, kenapa Rasulullah diturunkan di bumi Arab specifically?
Kenapa tak turun di bumi lain?” , Bunyamin bertanya kepada Alif.
Alif mengangkat bahu. “Rasulullah diturunkan untuk mengingati kaum yang lupa. Sebab sebelum Rasulullah SAW, orang-orang di Mekah adalah pengikut Nabi Ismail a.s. Tapi lepas satu tempoh yang sangat panjang tiadanya nabi, itulah berlakunya jahiliyyah dan berhala dekat Kaabah. Jadi Rasulullah datang untuk memperingati tentang Allah, syurga neraka dekat orang yang nenek-moyangnya pernah dengar satu masa dahulu ” , terang Bunyamin.
“Ok, jadi apa kaitan dengan zaman ini sekarang?” , kata Alif. “Rasulullah SAW adalah seorang murabbi. Itulah yang kita perlukan pada zaman ini untuk tambah nilai dari kosong.”
“Murabbi? Apa itu
murabbi?” - Alif
“Murabbi itu, nantilah aku cerita. Dah lewat dah
ini, jom pergi main futsal, lama pula yang lain menunggu nanti ”, kata Bunyamin sambil bersiap untuk turun ke
court futsal.
-V For Peace-
No comments:
Post a Comment