Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Suatu hari itu,saya buka facebook,serius saya suka buka facebook,sebab apa tau,sekarang facebook bukanlah setakat laman sosial,tapi sudah boleh dijadikan laman dakwah. Setuju tak? Macam biasalah,bila buka facebook saya suka tengok status yang orang-orang post,macam-macam ,nasihat,berita,cerita,derita dikongsikan dan yang paling penting check 'notification' kan? Pada hari itu, saya ada dapat satu notification yang kawan saya post, membuatkan saya terdiam dan hati saya berkata,"sangat betol!" iaitu,
"Ustadz al-Banna menyatakan: nahnu nuqaatil an naas bil hubb(Kita menaklukan manusia dengan cinta)"
MENAKLUK MANUSIA DENGAN CINTA.Sangat mendalamkan ayat ni? Yelah,selalunya kita dengar orang menakluk manusia dengan politik,ekonomi atau kuasa yang ada ditangan mereka dan selalunya oleh mereka-mereka yang berkuasa dan bergelar pemimpin.Tapi percaya tak, tukang sapu sampah pun boleh menakluk manusia,dengan syarat,gunakan KUASA CINTA itu. Kenapa cinta? Kerana ia terdiri daripada kasih dan sayang iaitu satu perasaan atau kuasa terhebat yang dianugerahkan Allah untuk setiap hambanya.Pernah dengar tak orang kata,
"Kuasa kedua terbesar didunia selepas kuasa Allah adalah Kasih Sayang."
Emm hebat sangat ke kasih sayang tu sampai boleh takluk manusia? Tak percaya? Tengok je lah filem-filem atau cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen, 98% berkisarkan cinta.Lagu-lagu yang disiarkan di radio,lirik-liriknya semua berdasarkan cinta. Novel-novel,semuanya mesti ada elemen cinta kan?kalau takda cinta tu orang takkan tertarik sangatlah. Kalau kes-kes remaja yang runtuh akhlaknya pula,jika ditanya mana-mana atau jawapan wajib dalam karangan budak-budak sekolah mesti letak faktor kurang kasih sayang ibu bapa. Nampak tak permainannya di situ? Betapa hanya kerana kurang kasih sayang tu,boleh merubah seorang manusia itu untuk menjadi seorang yang tidak bermoral.
Novel Ramlee Awang Murshid sebagai novel thriller no 1 di Malaysia,filem Twilight,Hunger Game,kesemua cerita aksi, tapi tetap diselitkan elemen cinta antara manusia kerana kuasa cinta itu sendiri. Taj mahal pula,ianya hanya dibina seindah itu sehingga menjadi tempat wonders of the world hanya kerana sejarahnya yang dibina atas nama cinta seorang suami kepada isterinya.
Itulah bukti kuasa cinta.Manusia sentiasa inginkan kasih sayang kerana hanya dengan itu mereka akan merasa dilindungi,dijaga,dibelai dan dibantu jika punya masalah.Ia suatu yang sangat halus tapi sangat hebat! Kehangatan cinta itu jugalah yang boleh membuat manusia gila dan berubah dalam sekelip mata. Jadi apa lagi? Jom guna kuasa yang sudah memang ada dalam fitrah manusia ini untuk menakluk manusia lain mengikut kita berbuat kebaikan! Kita yang harus mula menyayangi mereka, tapi macam mana?
Salah satu caranya adalah dengan meletakkan diri mereka sebelum diri kita sendiri, iaitu mementingkan diri mereka, sama seperti kita mengamalkan ithar, tapi ingat, sikap ithar ini hanya terhad kepada perkara luar ibadah. Contohnya, macam kita bagi ayam ketul lebih besar kepada dia supaya dia lebih kenyang dan bahagia. Atau rakan kita itu datang menumpang di rumah kita, adalah menjadi ithar jika kita bagi bilik yang paling selesa kepada mereka. Cara lain pula, dengan sering bercakap-cakap dengannya dan berkongsi cerita untuk merapatkan ukhuwwah itu dan cuba untuk buat mereka merasa gembira, contohnya dengan beri hadiah hari jadi.
HR. Al-Bukhari
Satu lagi! Jangan malu untuk memberitahu mereka bahawa kita sayang pada mereka. Haaaa ini sunnah Rasulullah tau! Ada satu cerita di Gaza, dimana seorang perempuan bukan muslim ini pergi ke Gaza, tiba-tiba ada seorang budak datang kepadanya dan memberitahu "Saya sayang pada kamu". Dia terkejut dan tahulah bahawa itu adalah sunnah Rasulullah untuk memberitahu kasih dan sayang kita pada orang jika kita menyayanginya. Sangat terharu dengan perbuatan itu, lantas perempuan itu memeluk Islam hanya kerana sunnah Nabi ini.
Tunjukkan kepada mereka bahawa kita sayangkan mereka dengan
niat untuk permudahkan urusan kita dalam mengajak mereka ke arah kebaikan.Insha
Allah jika kita menyayangi mereka dengan ikhlas dan kerana Allah,mereka akan
tersentuh dan akan cuba membalasnya dengan menyayangi kita pula. Fitrah manusia
juga apabila menyayangi seseorang itu,sedikit demi sedikit akan ikut cara orang
yang disayanginya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
"Para penyayang itu akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.Sayangilah oleh kamu sekalian makhluk yang ada di bumi,niscaya akan menyayangi kamu, sekalian makhluk yang ada di langit."
-HR. Abu Daud dan At-Tarmidzi
-HR. Abu Daud dan At-Tarmidzi
Kepada mereka yang merasa disayangi oleh orang-orang
sekeliling,janganlah pulak ada pemikiran seperti "alah,diorang saje je nak
baik-baik dengan aku,sayang aku,bagi hadiah,sebab nak aku ikut diorang buat baik la
tu." Jangan biarkan ego menguasai anda.Tahu tak kalau kita dikelilingi
orang-orang baik dan beriman,itu sebenarnya rancangan
Allah! MashaAllah tabarakallah..bukankah Allah itu maha teliti dan bijaksana. Sengaja Allah
letakkan kita dikalangan orang baik kerana Allah inginkan kita untuk jadi baik
dan beriman seperti mereka! Allah ingin kita bersamanya di Syurga dalam kehidupan
selepas ini. Itulah sebenarnya cara Allah menzahirkan cintanya kepada
kita. Dengan menggerakkan hati orang sekeliling untuk menyayangi kita kerana
Allah adalah pemilik hati yang berhak Dia ubah.
Jom takluk manusia melalui cinta! Cairkan hati
mereka dengan cinta kita. Berikan kasih dan sayang kita pada mereka. Belajar untuk menyayangi mereka kerana Allah dan sentiasa lah berlemah lembut dengan
mereka. Walaupun ia mungin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, usahalah. Bukan kah ia lebih baik daripada hanya melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu dengan hati selama-lamanya. Cubalah, melalui pengalaman saya sendiri, ia
sangat berkesan!
p/s : Pastikan cinta yang syariah compliance =)
p/s : Pastikan cinta yang syariah compliance =)
-GDK-
No comments:
Post a Comment