Saturday, 5 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 1




Alif yang baru balik dari outing terus merebahkan badan ke katil rakannya, Bunyamin. Mereka berdua adalah kawan baik sejak mendaftar masuk ke Kolper (baca: kolej persediaan) di bawah tajaan kerajaan. Alif boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang senang kerana berasal daripada keluarga doktor dan dia juga berkawan rapat dengan Bunyamin walaupun Bunyamin hanya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana sahaja di Pahang. Mereka berdua merupakan roommate dan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas dua tahun persediaan.

“Fuh, penat betul hari ini. Tak sangka ramai pula orang dekat Elo-elo hari ini. Ramai sangat orang pergi melawat booth Palestin tadi. Kenapa kau tak ikut tadi? Kau kan semangat bab-bab ini.” Alif melepaskan lelahnya sambil meneguk air Coca-colanya. Bunyamin membalas, “Bestnya! Aku ada kerja tadi. Itu yang tak dapat ikut kau. Sorry. Tadi ada apa yang menarik?

“Tadi ada kutipan derma, talk sikit dari selebriti negara kita dan adalah sedikit video pasal kehidupan saudara-saudara kita kat sana. Tapi video itu aku dah pernah tengok hari itu time tayangan video yang kau buat. Aku masih menangis setiap kali tengok video itu. Entah kenapa sampai sekarang isu Palestin masih belum selesai”, Alif meluahkan perasaannya kepada Bunyamin.


“Alhamdulillah, bagus kau masih ambil kisah pasal saudara-saudara kita di sana. Insya Allah kita masih lagi dikira sebagai umat Nabi Muhammad SAW selagi kita masih ambil berat pasal keadaan saudara kita ini. Isu ini bermula sejak tahun 1948 lagi sampailah sekarang, 2013. Umat ini dah menjadi seperti apa yang Rasulullah bersabda , umat Baginda akan menjadi lemah dan dikerumuni oleh musuh-musuh seperti makanan kerana umatnya berpenyakit. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati (wahan). Bak kata Pudge, ‘Fresh meat!’” balas Bunyamin sambil tekun menyiapkan assignmentnya.

“Hahaha. Apalah kau ini masuk Dota pula. Aku serius boleh lak kau buat lawak. Tapi Alhamdulillah pemerintahan Mesir sekarang dah berubah di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin. Insya Allah tak lama lagi Palestin akan bebas, aku yakin!” kata Alif yang kini duduk di bucu katilnya selepas membuang botol air coca-cola.

“Hehe, mungkin betul juga Palestin akan terbebas melalui Mesir. Sekarang dah mula nampak sinar-sinar pertolongan Allah. Tapi kau kena tahu, ini adalah perjuangan umat Islam, bukan hanya perjuangan sebuah negara. Israel itu sendiri adalah World Order. Banyak negara takut dengan Israel dan tak mampu untuk melawan Israel walaupun Israel terang-terang melanggar resolusi PBB dan tidak berperikemanusiaan. Produk Israel pun bersepah di pasaran. Diorang memang IMBA(Baca : imbalance).” tegas Bunyamin yang dah berhenti dari membuat kerjanya. 



“Tapi apakan daya, kita kat sini jauh, paling kuat pun bagi sumbangan duit tiap kali ada kutipan derma dan doa untuk mereka. Kita ini muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Sekarang kita fokus belajar dulu. Betul dop?” Alif cuba menyedapkan hatinya. “Insya Allah, usaha kita untuk Allah akan dibalas oleh-Nya. Kalau kau nak tahu, umur kita ini sangat singkat. Waktu umur kita sekarang ini, dah wujud pemuda-pemuda yang hebat dalam Islam macam Muadz bin Jabal, Sultan Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain. Ke mana hilangnya pemuda-pemuda macam itu zaman ini?

Alif duduk bertentangan Bunyamin yang sedang berehat di katilnya, “Kau mana boleh samakan sahabat dengan zaman ini. Tak sama. Zaman itu ada Rasulullah SAW. Diorang dapat didikan Rasulullah SAW direct. Zaman sekarang ini susah nak cari orang yang sama macam sahabat.”

“Kalau macam itu, Salahuddin Al-Ayubi macam mana? Beliau tak hidup pada zaman Rasululullah SAW. Guane? Sama juga macam Sultan Muhammad Al-Fatih. Sebenarnya, zaman kegemilangan Islam adalah selepas kewafatan baginda. Tentera Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik raja. Itulah apa yang kita kena buat.” Kata Bunyamin sambil tersenyum.


“Jadi, apa yang kita kena buat?” , tanya Alif sambil berkerut dahi. “Kita kena tambah nilai kita dari kosong ke digit lain. Satu ke, dua ke, tiga ke dan apa-apalah selain kosong. Sebab musuh-musuh Islam tak akan pernah takut dengan kita yang kosong ini. Biarlah berjuta kosong sekalipun berkumpul, nilainya tetap tidak signifikan, tak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Islam, tak mampu untuk membebaskan Palestin.” terang Bunyamin.


Apa maksud kosong ini sebenarnya? Alif cuba untuk mencari kebenaran. “Nanti aku sambung, kita pergi solat Jemaah dulu jom.” Dua sahabat itu berjalan ke arah laungan azan dari surau kolej mereka. 
 
BERSAMBUNG
V For Peace




No comments:

Post a Comment