Showing posts with label potential. Show all posts
Showing posts with label potential. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

You’re a Man!!!


Bismillahirrahmanirrahim.


Hiasan semata-mata
Aku tersenyum seorang sambil melihat facebookku. Bukannya apa, gambar-gambar masa zaman muda dan comel dulu baru diupload. Bila fikir balik, banyak juga aku dah berubah sejak usia semakin bertambah ini. Semakin matang mungkin. Hoho. 

Nak kenang balik, aku dulu, takdelah nak kata baik sangat. Sejak memasuki sekolah berasrama, aku banyak berubah. Waktu itu solat dah cukup, hari-hari baca quran, puasa sunat Isnin dan Khamis dan macam-macam lagi lah. Bukannya apa, sebab suasana di sekolah asrama kan lain. Lagi-lagi sekolah asrama di serambi Mekah. Peghhh, waktu berada di sekolah asrama adalah antara waktu-waktu paling bahagia dalam dunia ini. Sumpah! 

Cuma, kadang-kadang waktu balik ke rumah masing-masing, adalah juga tergelincir satu dua, tapi tak banyak pun. Al-maklumlah, suasana rumah dan asramakan lain. Keadaan 'terlebih kondusif’ untuk melagha, internet UniFi yang memanggil macam syaitonirajim. Fuuuh, tak akan aku lepaskan peluang ini untuk mengqadha segala yang tertinggal di asrama. Tapi selepas beberapa lama, aku mula berfikir, aku ini munafik ke macam ini? Kalau di asrama bukan main baik lagi solat berjemaah. Tapi kalau di rumah…. 

Sampailah pada suatu hari, aku dapat tawaran untuk sambung belajar di My Special University. Special bukan sebab apa, sebab sejak dari itu, kehidupan aku mula lebih terurus dan bak kata Joseph Rudyard Kipling dalam poem “If” yang kita belajar time SPM, - You’ll be a Man -. Sebab itulah aku terasa semakin matang. Hoho.

 Segalanya bermula selepas cuti raya Aidilfitri. Sebenarnya kami dah lama berkenalan dengan dia, waktu pertama kali berjumpa dengan dia adalah BBQ yang diadakan di tepi jalan hostel kami. Ramai juga kereta yang lalu-lalang kat tepi jalan, nasib baik takde polis datang menahan kami. Hehe. Waktu mula berkenalan, dia jenis pendiam sikit, jadi setiap perkataan dia umpama mutiara berharga 1 lakh keluar dari mulut. Gaya pun lek lek selamba je.


Oleh sebab itu, kami terasa sangat senang dengan dia, tambahan dia memang seorang yang penyayang dan baik. Setiap minggu dia akan datang ke surau kami sambil membawa makanan. Wah! Walaupun makanan ringan je macam roti dan air, tapi yelah, waktu zaman foundation dulu guwe kesempitan uang. Itu yang rasa macam rezeki mai dari langit melimpah-limpah. Kadang-kadang abang itu datang ke hostel kami dan belanja kami minum di restoran bawah, saja-saja sementara menunggu isterinya. Banyak kami borak dengan dia, dari hal ekonomi tentang fractional reserve ke hal agama dan macam-macam lagi. Gaya dia yang tenang dan ramah buat kitorang sangat senang dengan dia.

Cuma yang sedihnya, kadang-kadang sekali lagi, pabila waktu cuti menjelma, aku  terporosok dalam lubang pertahanan  kuno ( Baca: DOTA) yang menghasilkan subuh dinosaur. Aku mula merasakan diri ini macam munafik sekali lagi. Waktu hari sekolah, ada juga kekuatan untuk pergi solat berjemaah isyak di surau. Tapi kalau di rumah, harapan je lah nak pergi, tambahan pula surau tak berdekatan kawasan rumah aku. Tempat terdekat solat jemaah adalah di masjid.

                Selepas dalam 3 bulan berjumpa dengan abang itu setiap minggu, pada suatu hari dia ajak kitorang untuk pergi ke Sunway Pyramid. Wah, ingatkan dia nak belanja main ice skating sekali! Rupa-rupanya, kitorang pergi ke masjid di seberang Sunway Pyramid, ada miscommunication sikit. Hehe. Kebetulan waktu kami tiba, ada beberapa orang abang-abang dari Universiti Penuh Misteri dan kakak-kakak turut serta sekali. 

Katanya, ini adalah sedikit konferens riang kecil-kecilan dan banyak persoalan kitorang akan terjawab di sini. Pengalaman pertama di konferens riang adalah sangat OSEM! Walaupun beberapa kali tersenguk, tapi banyak benda yang kitorang dapat, termasuk gula-gula kopiko. Antaranya adalah tentang tujuan hidup kita. Tentang bagaimana Islam sangat hebat sampai orang kafir sanggup duduk di bawah sistem Islam yang menguasai 2/3 dunia dan macam-macam lagi.

Balik dari konferens itu, baru aku faham, kenapa diri aku kadang-kadang tergelincir dan kadang-kadang mantop. Sebab iman itu sentiasa naik dan turun kan macam ECG lah *Uhuk uhuk*. Walaupun iman itu sentiasa naik dan turun, mesti ada certain tahap resting membrane potential dimana iman kita akan turun, tapi tak rendah sangat sampai tinggalkan perkara wajib. Dan tahap iman ini memerlukan dua perkara penting iaitu suasana persekitaran dan support system.

Disebabkan itu, kedatangan abang itu dalam hidup aku sangat bermakna sepanjang pengajian aku di My Special University. Kedatangan abang itu telah menimbulkan suasana yang islamik dan menjadi pembimbing kami, iaitu support system kami secara tak langsung. Dia adalah guru kami, bapa kami, rakan kami dan ustaz kami. Tanpanya, mungkin aku tak akan faham apa ertinya aku menganut Islam, dan mungkin imanku sedang nyenyak tidur macam snorlex. Tak tahulah bagaimana kehidupanku tanpa tarbiyah. Terima kasih atas sentuhanmu ya murabbi! 
V For Peace





Sunday, 13 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 2



 


Seusai solat jamaah, mereka berdua berjalan bersama-sama ke bilik mereka. “Kau sebelum solat tadi nak tahu kan apakah yang dimaksudkan kosong?” tanya Bunyamin mula membuka bicara. Alif hanya mengangguk dengan mukanya serius untuk mendengar. “Kosong ini, contohnya adalah mereka yang tak berani dan tak kuat.”


“Maksud kau, orang Islam kena selalu pergi gym la ke baru tak jadi kosong?” , soal Alif sambil berkerut dahinya.



“Hahaha, takda lah sampai macam itu. Maksud berani dan kuat kat sini adalah orang Islam yang sanggup berkorban, kuat dalam menahan nafsunya dan bercita-cita tinggi. Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini, nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa dalam sejarah kemanusiaan”, balas Bunyamin sambil tersenyum melihat  rakannya.


“Hmmm, tapi benda ini kau fikir sendiri ke pasal kosong ini?”, kata Alif. “Takdalah, ini adalah berdasarkan apa yang Amir Syakib Arsalan, seorang Ulama’ dari Lebanon. Waktu kejatuhan khalifah, beliau telah ditanya oleh ramai orang dari seluruh dunia, dari Morocco sampailah ke Jawa, tentang apa diorang kena buat. Ada di antara mereka bagi cadangan untuk buat Muktamar Islam, ala-ala macam OIC atau melantik seorang khalifah. Tapi syeikh ini dengan selambanya jawab ; kita wajib memulakan usaha dari bawah dengan mendidik individu ; Terus ditolak bulat-bulat cadangan itu.”


“Tapi kenapa syeikh itu tak bersetuju dengan cadangan-cadangan bernas tuh? Lagi-lagi kalau orang sendiri minta nak diadakan khalifah balik”, Alif mula berasa pelik. 

“Jawapan syeikh itu senang dan sangat logik ; apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri, dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi ; Lepas itu beliau tanya, adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”  - Bunyamin.

“Jadi macam mana kita nak bertambah nilai dari kosong?” Alif kebingungan. “Imam Malik rahimahullah menyatakan, tidak akan terhasil ummat yang unggul sebagaimana generasi pertama, melainkan melalui proses sebagaimana generasi pertama dihasilkan.” Kata Bunyamin yang kini sedang mengemas mejanya.


“Macam mana kita nak samakan diri dengan generasi pertama, Rasulullah SAW kan dah wafat”, kata Alif. “Betul tuh, tapi kau kena tahu, kenapa Rasulullah diturunkan di bumi Arab specifically? Kenapa tak turun di bumi lain?” , Bunyamin bertanya kepada Alif.

Alif mengangkat bahu. “Rasulullah diturunkan untuk mengingati kaum yang lupa. Sebab sebelum Rasulullah SAW, orang-orang di Mekah adalah pengikut Nabi Ismail a.s. Tapi lepas satu tempoh yang sangat panjang tiadanya nabi, itulah berlakunya jahiliyyah dan berhala dekat Kaabah. Jadi Rasulullah datang untuk memperingati tentang Allah, syurga neraka dekat orang yang nenek-moyangnya pernah dengar satu masa dahulu ” , terang Bunyamin.

“Ok, jadi apa kaitan dengan zaman ini sekarang?” , kata Alif. “Rasulullah SAW adalah seorang murabbi. Itulah yang kita perlukan pada zaman ini untuk tambah nilai dari kosong.”


“Murabbi? Apa itu murabbi?” - Alif


 “Murabbi itu, nantilah aku cerita. Dah lewat dah ini, jom pergi main futsal, lama pula yang lain menunggu nanti ”, kata Bunyamin sambil bersiap untuk turun ke court futsal. 

-V For Peace-



Saturday, 5 January 2013

Kisah Bunyamin - Part 1




Alif yang baru balik dari outing terus merebahkan badan ke katil rakannya, Bunyamin. Mereka berdua adalah kawan baik sejak mendaftar masuk ke Kolper (baca: kolej persediaan) di bawah tajaan kerajaan. Alif boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang senang kerana berasal daripada keluarga doktor dan dia juga berkawan rapat dengan Bunyamin walaupun Bunyamin hanya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana sahaja di Pahang. Mereka berdua merupakan roommate dan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas dua tahun persediaan.

“Fuh, penat betul hari ini. Tak sangka ramai pula orang dekat Elo-elo hari ini. Ramai sangat orang pergi melawat booth Palestin tadi. Kenapa kau tak ikut tadi? Kau kan semangat bab-bab ini.” Alif melepaskan lelahnya sambil meneguk air Coca-colanya. Bunyamin membalas, “Bestnya! Aku ada kerja tadi. Itu yang tak dapat ikut kau. Sorry. Tadi ada apa yang menarik?”

“Tadi ada kutipan derma, talk sikit dari selebriti negara kita dan adalah sedikit video pasal kehidupan saudara-saudara kita kat sana. Tapi video itu aku dah pernah tengok hari itu time tayangan video yang kau buat. Aku masih menangis setiap kali tengok video itu. Entah kenapa sampai sekarang isu Palestin masih belum selesai”, Alif meluahkan perasaannya kepada Bunyamin.


“Alhamdulillah, bagus kau masih ambil kisah pasal saudara-saudara kita di sana. Insya Allah kita masih lagi dikira sebagai umat Nabi Muhammad SAW selagi kita masih ambil berat pasal keadaan saudara kita ini. Isu ini bermula sejak tahun 1948 lagi sampailah sekarang, 2013. Umat ini dah menjadi seperti apa yang Rasulullah bersabda , umat Baginda akan menjadi lemah dan dikerumuni oleh musuh-musuh seperti makanan kerana umatnya berpenyakit. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati (wahan). Bak kata Pudge, ‘Fresh meat!’” balas Bunyamin sambil tekun menyiapkan assignmentnya.

“Hahaha. Apalah kau ini masuk Dota pula. Aku serius boleh lak kau buat lawak. Tapi Alhamdulillah pemerintahan Mesir sekarang dah berubah di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin. Insya Allah tak lama lagi Palestin akan bebas, aku yakin!” kata Alif yang kini duduk di bucu katilnya selepas membuang botol air coca-cola.

“Hehe, mungkin betul juga Palestin akan terbebas melalui Mesir. Sekarang dah mula nampak sinar-sinar pertolongan Allah. Tapi kau kena tahu, ini adalah perjuangan umat Islam, bukan hanya perjuangan sebuah negara. Israel itu sendiri adalah World Order. Banyak negara takut dengan Israel dan tak mampu untuk melawan Israel walaupun Israel terang-terang melanggar resolusi PBB dan tidak berperikemanusiaan. Produk Israel pun bersepah di pasaran. Diorang memang IMBA(Baca : imbalance).” tegas Bunyamin yang dah berhenti dari membuat kerjanya. 



“Tapi apakan daya, kita kat sini jauh, paling kuat pun bagi sumbangan duit tiap kali ada kutipan derma dan doa untuk mereka. Kita ini muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Sekarang kita fokus belajar dulu. Betul dop?” Alif cuba menyedapkan hatinya. “Insya Allah, usaha kita untuk Allah akan dibalas oleh-Nya. Kalau kau nak tahu, umur kita ini sangat singkat. Waktu umur kita sekarang ini, dah wujud pemuda-pemuda yang hebat dalam Islam macam Muadz bin Jabal, Sultan Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain. Ke mana hilangnya pemuda-pemuda macam itu zaman ini?”

Alif duduk bertentangan Bunyamin yang sedang berehat di katilnya, “Kau mana boleh samakan sahabat dengan zaman ini. Tak sama. Zaman itu ada Rasulullah SAW. Diorang dapat didikan Rasulullah SAW direct. Zaman sekarang ini susah nak cari orang yang sama macam sahabat.”

“Kalau macam itu, Salahuddin Al-Ayubi macam mana? Beliau tak hidup pada zaman Rasululullah SAW. Guane? Sama juga macam Sultan Muhammad Al-Fatih. Sebenarnya, zaman kegemilangan Islam adalah selepas kewafatan baginda. Tentera Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik raja. Itulah apa yang kita kena buat.” Kata Bunyamin sambil tersenyum.


“Jadi, apa yang kita kena buat?” , tanya Alif sambil berkerut dahi. “Kita kena tambah nilai kita dari kosong ke digit lain. Satu ke, dua ke, tiga ke dan apa-apalah selain kosong. Sebab musuh-musuh Islam tak akan pernah takut dengan kita yang kosong ini. Biarlah berjuta kosong sekalipun berkumpul, nilainya tetap tidak signifikan, tak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Islam, tak mampu untuk membebaskan Palestin.” terang Bunyamin.


“Apa maksud kosong ini sebenarnya?” Alif cuba untuk mencari kebenaran. “Nanti aku sambung, kita pergi solat Jemaah dulu jom.” Dua sahabat itu berjalan ke arah laungan azan dari surau kolej mereka. 
 
BERSAMBUNG
V For Peace




Sunday, 25 November 2012

Pewaris Seorang Super-Duper Hero

by spreadsalam

Kisah seorang “superhero” bermula….

Kreeerrkkkk (bunyi bangku ) “Em nama saya ……,bila besar nanti saya,saya nak jadi DOKTOR!!!” Suara yang tiba-tiba “high frequency” menyebabkan burung-burung pipit yang berkicauan ditingkap kelas lari berterbangan. Kaget agaknya. Fuhh.. semangat betul dengan mata yang berapi-api, tangan digenggam, peluh dilap tatkala ingin menguar-uarkan impiannya kepada seluruh kelas. Mahu jadi doktor katanya, ahli kardiologi lebih spesifik sedangkan pada ketika itu lukis jantung pun berbentuk “love”. Ngehehe… Impian seorang kanak-kanak akan sentiasa dipandang “pure”.

Tapi, siapa doktor di mata kanak-kanak ini sebenarnya? Dirinya hanya berjubah putih, tiadapun “armor suit” seperti En Ironman namun masih tampak gah dan hebat. Tiadapun “special weapon” seperti “adamantium claws” yang dimiliki En Wolverine, cuma stethoscope yang  berayun di leher tapi mampu mendiagnosis kuat lemah detak jantung seolah-olah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan seseorang. Di mata kanak-kanak ini, orang berjubah putih itu seolah-olah seorang adiwira (superhero) yang menyelamatkan nyawa orang lain sama macam The Avengers.
Wah, OSEM sungguh bukan seorang doktor itu!




Nak jadi “superhero” perlu ada agenda…

Setiap adiwira mesti hadir bersama agenda tersendiri sebagaimana En Batman yang menjadi pelindung Gotham City, En Superman menggunakan kuasanya untuk bantuan kemanusiaan dan En Ultraman Dyna menumpaskan raksasa gorgon yang mengancam bumi. Maka mulalah “pop” diminda kalian apakah agenda diri anda yang sedang berlari mengejar impian? Lebih tepat lagi agenda seorang insan yang beragama Islam dalam menempuh dugaan pengajian? 

Islam itu sendiri sebenarnya menyediakan agenda hidup. Setiap ummah pasti ada agenda dan sebagai ummat rasul Allah SWT yang terakhir iaitu umat Rasulullah SAW, agenda kita ialah PERJUANGAN SEBAGAI PEWARIS RASUL. Mari kita renung-renungkan kembali agenda perjuangan rasul kita iaitu membawa manusia kepada pemilik alam (Rabb), membuka kawasan baru bagi menyampaikan dakwah imaniyah dan membebaskan manusia dari fahaman-fahaman jahiliyiah yang jijik. 

Jadi sudahkah kita memposisikan diri kita dalam merealisasikan ummah beragenda?

Nak jadi “superhero” perlu ada “superpower”…

Ramai yang mula mengeluh.. huh,,kalau saya Spiderman bolehlah guna spider-web tangkap askar Israel. Kalau saya Cyclops, dah lama saya laser saja sesiapa yang menghina Islam! Siapa kata doktor tiada superpower? Kuasa yang seorang doktor itu ada sangatlah berkuasa. We called it as PENGARUH. Seramai 72% daripada penduduk Malaysia paling mempercayai doktor mereka diikuti oleh guru sebanyak 67%, diikuti rapat oleh pensyarah sebanyak 60.4%, hakim sebanyak 51%, polis sebanyak 24% dan insan yang dikatakan paling berpengaruh yakni ahli politik hanya mencatatkan 11%. Kita mungkin tidak menyedari hal ini tetapi inilah hakikatnya. Betapa besar tanggungjawab kita terhadap ummah dan kerana itu, kita perlu akan rasa bersalah kalau kita tidak menggunakan profesion kita ke arah dakwah tarbiah. Mengajak umat Islam kembali kepada Islam dan agenda Islam. Menjadi seorang doktor mendedahkan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bukankah itu kunci kepada dakwah? Di sini kepentingan tauhid ditekankan untuk mewujudkan suasana biah yang aman. Sehingga satu tahap nanti anda mungkin akan terasa “burdened’’yang sangat kerana kerja yang berat tetapi tidak setimpal dengan gajinya. Ingatlah dengan mengadapNya, menghadiri usrah-usrah dan melakukan amal kebajikan atau dengan kata lainnya, melaksanakan "amar makruf, nahi mungkar" itulah yang akan menjadi sumber tenaga anda. 
Sumber untuk anda RECHARGE superpowers anda!





 I am ready but what is the “mission”?...

 Rasulullah membawa misi dakwah iaitu Laa ilaha ilallah yang membawa kepada pengabdian kepada Allah semata-mata. Jadi misi kita adalah aplikasi dan implikasikan agenda ini dalam kehidupan sehari-hari kita yang mana akan dapat mengelakkan kita dari segala kesusahan dan keseksaan samada di dunia dan akhirat. Maka, selagi kita di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan mesti ditentukan. Apakah misi kita? Renungkan kembali. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Cukup berbaloikah? Hmm..sayang seribu kali sayang jika tidak sedar.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
(At-Taubah:ayat 105)



Terima “mission”, maka “actions” menyelamat bermula…

Dengan ini saya mengajak anda semua untuk provokasi demi masa depan. Kita sebagai khalifah atau “superhero” perlu menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta melintas jalan seperti En Superman pernah lakukan. Namun perlu diingat, sedekah hanya sekali sekala, orang buta juga bukan setiap hari kita jumpakan. Jalan kebaikan yang paling utama adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja dijadikan sebagai ibadah, Allah adalah ‘master’ kita,
Jika kerja menjadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada NYA.

“Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamanya.
Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.”

(Al-Haj:ayat 40)


We are doing the great things (studying medicine, engineering, optometry etc).
So, why stop now..??
Why don't we do it, not in a great way but in the BEST WAY...!!!


Renungkan ini:
"Wahai bapa saudara ku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan urusan ku ini (dakwah). Aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah zahirkan kemenangannya atau aku binasa". 
–Rasulullah SAW



 Rasulullah SAW sebenarnya SUPER-DUPER hero kita dan kita adalah pewarisnya (superhero). Jadi teruskan cita-cita kalian menjadi seorang doktor yang menggalas misi melaksanakan agenda ummah. Perbetulkan agenda, laksanakan misi dan mulakan action dengan kekal bersemangat seperti kanak-kanak sebelum ini - 

“Emm nama saya .......,
bila besar nanti saya..saya..
saya nak jadi DOKTOR!!! 
Saya mahu jadi doktor untuk ummah saya!!

Itu baru superpower yang sebenar =D




*I. Amtullah*