Tuesday, 30 October 2012

Where is our heart?


Bismillahirrahmanirrahim

                Kawan-kawan dah belajar pasal hati? Atau dalam bahasa lainnya, liver kan? Tapi kenapa penulis pakai heart untuk tajuk kali ini? Mana taknya, bahasa Melayu kita kan selalu gunakan, kau sentiasa di hatiku untuk you are always in my heart. Tapi lagi, adakah hati yang dimaksudkan dalam hadis yang famous, Dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka seluruh tubuh menjadi baik dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh pun rosak” adalah liver kita? Jadi, di mana sebenarnya yang dimaksudkan dengan hati  tersebut?




                Pernah tidak rakan-rakan terfikir akan terdapat satu hati lain yang dimaksudkan dalam hadis tersebut iaitu mungkin mata hati. Di mana mata hati ini ye? Wallahu’alam. Kita selalu dengar, tepuklah dada tanyalah iman. Iman berada di dalam liver ke? Sedikit perkongsian ini mungkin dapat memberikan sikit gambaran apa sebenarnya hati ini dan kaitan dengan hadis famous itu.

Umat Islam ketika dahulu memulakan segalanya dengan tekad yang kukuh dan utuh lantas berjaya meletakkan Islam dikemuncak yakni bukan sahaja dipuncak dunia bahkan tersemat di dalam hati. Segalanya perlu bermula dari dalam iaitu dari hati kerana ia lebih kekal.  Oleh sebab itu juga, Umat Islam  dituntut menghiasi hati mereka dengan bertaqwa kepada Allah. Melalui kekuatan taqwa, mereka dapat mengubah segalanya. Menurut Imam Muslim, Nabi bersabda yang bermaksud, ‘Taqwa itu di sini (kemudian baginda menunjukkan di dadanya)’. So basically, taqwa dan hati itu bagai isi dengan kuku yang tak boleh dipisahkan.

 Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata,

              Hati adalah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera yang mampu melaksanakan kehendaknya. Tentera ini dikenali sebagai tentera zahir dan batin. Tentera zahir adalah segala anggota badan yang dikurniakn kepada manusia. Tentera batin pula adalah nafsu shahwat dan marah, disamping ilmu, hikmah dan kebijaksanaan. Nafsu dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya

Justeru, hati memerlukan ilmu dan hikmah supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Ilmu yang paling mulia ialah ilmu mengenai Allah serta keagungan-Nya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Pada peringkat awal, ilmu ini diperoleh berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang itu mengenali sifat-sifat wajib, mustahil, serta harus bagi Allah. Pada tahap paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah

Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini, hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan bagi manusia di dunia dan akhirat                    ”.

Ilmu mukasyafah ialah ilmu yang lahir daripada penglihatan mata hati yang mana seseorang yang dikurniakan ilmu ini akan mengenali rahsia-rahsia  Allah secara langsung daripada Allah.




                Saidina Ali bin Abi Talib juga berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di muka bumi dan ia adalah bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling dikasihi Allah adalah hati yang paling lembut, yang paling suci dan yang paling keras. Yang paling keras bermaksud yang paling keras berpegang pada agama Allah. Maksud yang paling suci ialah yang paling suci daripada sudut keyakinan dan yang paling lembut ialah yang paling berlemah lembut kepada sahabat dan taulan

                Kesimpulannya, untuk memastikan hati kita sentiasa baik, kita mestilah menuntut ilmu yang dapat merapatkan diri kepada-Nya. Janganlah kita biarkan nafsu menjadi tuan kepada diri kita, tetapi tundukkan nafsu dengan hati yang baik. Penuhilah dadamu dengan ilmu, kerana taqwa hahunna (taqwa di sini).

Wallahu'alam.

-Rasul Islam-

No comments:

Post a Comment