Demikian kata-kata yang keluar
dari mulut seorang veteran, salah seorang fasilitator sepanjang 5 hari di kem BTN di …..(tempat dirahsiakan..hehe).
Comel dan bersemangat orangnya. Kata-kata Tok itu tetiba sahaja terngiang-ngiang di telinga saya dan mungkin
mengaktifkan input device saya iaitu “ears” untuk menulis risalah ini pula
(ingat tak risalah sebelum ini mengenai input device iaitu mata).
Ya! Memang masakan kat kem tu
hmmm…bolehlah dimakan (peluh kecil). Tapi bukan mengenai masakan dari dapur kem
itu semata-mata yang ingin saya ketengahkan. Sajian yang saya maksudkan di sini
bukan sajian untuk sistem penghadaman tetapi sajian itu disajikan untuk sistem
penghayatan iaitu sajian ROHANI. Sejujurnya, perut yang selalu kita isi tetapi
bagaimana dengan hati kita yang mungkin gersang dan tandus dengan kerinduan terhadap penciptaNYA...hmm..
Entahlah mengapa hati saya
sangat-sangatlah tersentuh apabila video mengenai kesusahan dan penderitaan yang ditanggung
saudara-saudara se-Islam kita di negara lain ditayangkan. Bukannya sesuatu yang
tidak pernah dilihat untuk merasa tersentuh sebegitu, jadi saya beranggapan
mungkin kerana penggunaan video sebagai device untuk menyentuh hati yang sangat
berkesan ditambah dengan keberkesanaan penataan cahaya. Akhirnya pada malam itu
setelah rakan-rakan seperjuangan telah dibuai mimpi barulah saya dapat
merungkai akan sebabnya. Mengapa perasaan sebak yang lahir ini kurang
menyenangkan? Apabila persoalan itu berjaya dirungkai,, Ya ALLAH malunya diri
ini!!
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya ada maksud
tersirat disebalik titisan-titisan air
mata tersebut. Kenapa saya katakan ada maksud yang tersirat..?? Kerana titisan air mata itu adalah titisan air mata orang
yang sangat bongkak dan pentingkan diri sendiri. Dan sekali lagi, mengapa saya katakan
begitu? Kerana saya sangat pasti akan sebab mengapa saya sangat menghayati
video itu iaitu kerana saya telah dijauhkan dari aspek keduniaan yang selama
ini saya buta-buta mengejarnya. Video itu ditayangkan ketika saya berada di
dalam kem yang mana tiada “line” malah jauh sekali untuk ber”online”, apatah lagi menyaksikan drama-drama di
television serta jauh dari kehidupan seorang pelajar yang sentiasa dibebani
assignment. Pendek kata jauh dari kehidupan harian yang melebihkan keduniaan dan di
luar “comfort zone”.
Dek kerana jauh dari semua ini membuatkan
saya sangat fokus dan sangat menghayati tayangan tersebut. Jelas menunjukkan
betapa hipokrit betul saya ni mengutamakan
urusan sendiri tanpa menghiraukan nasib-nasib saudara saya yang kurang bernasib
baik. Jika video itu ditayang semasa kita di hostel, adakah penghayatannya akan
sama? Besar kemungkinan TIDAK.
Adakah ini bermakna kesedaran untuk mengambil tahu dunia luar dan
saudara-saudara lain hanya diperuntukan apabila menghadiri kem? Jadi berapa
banyak kem perlu dihadiri? Sayang seribu kali sayang… diri ini sangat
pentingkan dirinya sahaja.
“Minima sebuah ukhwah itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari
DIRI SENDIRI)”
(Hasan Al-Banna)
Pada waktu itu, seramai 500 orang
rakyat Syria telah gugur nyawa dan lebih 14000 dipenjarakan semenjak rusuhan
bermula. Sekarang bilangan orang yang meninggal mencecah 40 000. Kita di sini hanya
mampu melihat dari jauh konflik negara itu dengan kesedihan. Sebenarnya apalah
gunanya berhati tisu (hati cepat tersentuh) sekiranya tiada tindakan diambil
selepas keringnya air mata yang mengalir. Jadi apa peranan kita!! Pastinya kita
tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja.
Umat yang tenat memanggil
pemuda-pemudi Islam untuk bangkit membantunya.
Di manakah hilangnya
pemuda-pemudi Islam seperti Mu’adz bin Jabal, Salahuddin al-Ayubi, Muhammad
Al-Fatih dan lain-lain?
Gunakanlah kelebihan kita sebagai
pelajar cemerlang dan bakal menjadi seorang yang professional untuk menyampaikan seruan kepada orang-orang
di sekitar kita yang masih belum sedar. Sebelum ini saya selalu berpendapat
bahawa dengan menjadi seorang doktor yang berjaya itu sudah cukup dalam membantu saudara-saudara
Islam yang lain. Baru kini saya sedari yang berfikir sebegitu sahaja TIDAK CUKUP.
“Sesungguhnya segala perbuatan bergantung kepada niatnya.Dan
sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)
Siapa yang menggalas cita-cita sebagai seorang professional kerana dunia
yang dikehendakinya semata-mata maka pekerjaannya itu akan bernilai
sebagaimana yang dia niatkan. Jom kita niatkan untuk kebahagiaan di akhirat
yang kekal abadi.
Marilah kita renung-renungkan. Sedar
tidak sedar, walaupun masakan yang disaji tidaklah semewah atau selazat mana semasa di BTN, tetapi saya melihat
rakan-rakan menjamahnya dengan penuh selera. Siap menambah-nambah segala kicap
dan sos cili, “dah macam masak balik makanan itu jer”. Itulah yang seperti
orang-orang tua selalu cakap, makan beramai-ramai memang sedap. Ha! Samalah
juga dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan menolong saudara-saudara se-Islam
kita di negara lain.
Ya, perjuangan itu mungkin
pahit sekiranya kita melakukannya
sendirian. Oleh kerana itulah, kita sentiasa dikumpulkan dalam bulatan bahagia kerana ketika itu kita berkumpul dengan jiwa-jiwa yang sama dengan kita
maka kita tidak pernah berseorangan. Bagi saya, makan bersendirian itu
kesedihan, sesuatu yang sedap,pahit dan manis harus dikongsi bersama untuk lagi
“suwiit”. Masakan di kem BTN pula
bukanlah semuanya teruk, ada kalanya yang sedap.
Wallahu'alam
Samalah juga dengan perjuangan,
ada masa ia pahit dan ada masa ia manis
tetapi kedua-duanya seharusnya dikongsi
bersama.
Tetapi harus diingat!
Perjuangan menegakkan agama ALLAH SWT ini akan
KEKAL MANIS hingga ke akhirnya dengan ganjaran yang bakal dikurniakan Allah SWT
di akhirat kelak.
INSYAALLAH...
Wallahu'alam
*I.Amtullah*
No comments:
Post a Comment