Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah, ampunilah
kami atas segala dosa-dosa lampau..Ya Rahman, kuatkanlah ikatan
ukhuwah antara kami…Jauhilah kami daripada tergolong dalam golongan
hamba-hambaMu yang kerugian…
Aamin…
Aamin…
Apa khabar rakan-rakan
semua? Pada saat ini, masing-masing sudah berada di destinasi yang telah
ditetapkan dan berpisahlah ikatan selama setahun itu. Tetapi, insya Allah, yang pergi pasti akan kembali, yang hadir
pasti akan pergi tetapi jangan jadikan pemergian itu sebagai titik
noktah kepada satu jalinan ukhuwah suci yang telah terikat.
“..Selemah-lemah
manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah daripada itu ialah orang yang telah mensia-siakan sahabat
yang telah dicari..”
Saidina Ali
Saidina Ali
Urmmm... Jom kita flashback sikit kenangan suatu masa dahulu. Masih ingat tak semangat kita yang berkobar-kobar waktu melangkahkan kaki ke alam asasi dahulu? Ingat tak siapa rakan sebelah sewaktu pendaftaran dahulu? Ingat tak perasaan malam-malam pada waktu mula duduk di hostel? Ingat tak kesusahan persiapan kita menyiapkan assignment pertama, exam pertama? Ingat tak? Setiap kenangan yang tercipta pasti akan dikenang walau baik mahupun buruk. Ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan suka dan duka dalam menempuh dan mencapai cita-cita masing-masing.
UKHUWWAH…Satu
ikatan yang terjalin antara umat Islam yang paling dibenci oleh Allah
SWT jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab mahupun tanpa usaha untuk
memulihkan ia kembali. Ini juga merupakan simbol kekuatan umat Islam yang membuatkan Islam itu syumul. Bak kata pepatah melayu, bersatu teguh , bercerai roboh.
Tapi macam mana kita nak berukhuwwah kalau kawan kita ini suka menyakitkan hati kita, suka panggil kita "gemok", suka berkira dengan kita dan lain-lain. Mana manisnya ukhuwwah kat situ?
Pada awalnya, ukhuwah ini memang sukar untuk dibentuk menjadi satu ikatan yang teguh dan tidak dinafikan akan ada masalah-masalah seperti perselisihan faham, terasa hati dan pergaduhan kecil, tetapi ia dapat dielakkan. Bagaimana?
Memang sampai ke kiamat, kita tidak akan berpuas hati dengan kawan-kawan di sekeliling kita. Sebab kita semua bukanlah malaikat yang mampu menjaga hati semua orang. Kadang-kadang, kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Cuma, kalau kita niatkan ukhuwwah kita itu kerana Allah, biar datang ejekan sebesar raksasa Gorgon pun, kita akan tetap sabar dan berlapang dada. Kita akan terima kelemahan rakan kita sebagaimana kita nak mereka menerima kelemahan kita.
Hanya melalui pengenalan dan kasih sayang kita kepada Nya sahaja kita dapat mengenal diri kita yang sebenar seterusnya meningkatkan prestasi diri ke tahap maksimum, sama macam zaman Rasulullah dan para sahabat. Tingginya kasih sayang mereka terhadap Yang Maha Berkuasa membolehkan mereka muncul sebagai muslim yang sejati. Bawaan daripada itu jugalah ikatan brotherhood (ukhuwah) mereka sangat kuat seteguh bangunan yang hanya boleh runtuh melalui kuasaNya.
"...Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan..."
HR. Al Bukhari dan Muslim
"Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ke tempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam."
HR. Imam At-Tarmizi
Pada awalnya, ukhuwah ini memang sukar untuk dibentuk menjadi satu ikatan yang teguh dan tidak dinafikan akan ada masalah-masalah seperti perselisihan faham, terasa hati dan pergaduhan kecil, tetapi ia dapat dielakkan. Bagaimana?
"Dan jika kamu memberi maaf,
maka itu lebih dekat kepada taqwa."
maka itu lebih dekat kepada taqwa."
(QS Al-Baqarah:237)
"Tapi mamat ini asyik menyakitkan hati je. Macam mana nak maafkan?"
"...Serendah-rendah ukhuwwah ialah SALAMATUS SODR (berlapang dada), setinggi-tinggi ukhuwwah adalah AL-ITSAR (melebihkan orang lain)..."
Memang sampai ke kiamat, kita tidak akan berpuas hati dengan kawan-kawan di sekeliling kita. Sebab kita semua bukanlah malaikat yang mampu menjaga hati semua orang. Kadang-kadang, kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Cuma, kalau kita niatkan ukhuwwah kita itu kerana Allah, biar datang ejekan sebesar raksasa Gorgon pun, kita akan tetap sabar dan berlapang dada. Kita akan terima kelemahan rakan kita sebagaimana kita nak mereka menerima kelemahan kita.
"...Ukhuwwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada hala, tetapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah SWT..."
Hanya melalui pengenalan dan kasih sayang kita kepada Nya sahaja kita dapat mengenal diri kita yang sebenar seterusnya meningkatkan prestasi diri ke tahap maksimum, sama macam zaman Rasulullah dan para sahabat. Tingginya kasih sayang mereka terhadap Yang Maha Berkuasa membolehkan mereka muncul sebagai muslim yang sejati. Bawaan daripada itu jugalah ikatan brotherhood (ukhuwah) mereka sangat kuat seteguh bangunan yang hanya boleh runtuh melalui kuasaNya.
“..Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan..
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir..
Tetapi ia terletak pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya di dalam doanya..”
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir..
Tetapi ia terletak pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya di dalam doanya..”
Imam Al-Ghazali
Jadi
rakan-rakan semua, jom sama-sama eratkan ukhuwwah antara kita walaupun dengan serendah-rendah ukhuwwah yakni berlapang dada. Saling berhubung, saling mengenal
antara satu sama lain kembali, saling memupuk kepercayaan kerana
setahun itu memang tak akan cukup untuk kita mengenal rakan-rakan yang tidak terkira bilangannya. Janganlah nak betul-betul kenal 7-8 orang je kan, tak ke
rugi Allah SWT dah kurniakan seramai-ramai insan yang mampu untuk
mengubah kita ke arah kebaikan. Kenali semuanya, jangan fikir yang
kita tak layak untuk berteman dengan mereka dan jangan pula fikir
mereka tak layak untuk dianggap teman kerana setiap insan yang
dikurniakan Allah SWT ada baik dan buruknya, tiada yang sempurna
tetapi melalui ukhuwwah lah,
kesempurnaan itu dapat dibentuk. Itulah yang membuatkan ukhuwwah ini sweet ^^
"...Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit..."
Riwayat Muslim
Riwayat Muslim
Diriwayatkan oleh
Imam Muslim dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda,
“...Hak
seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam;
jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah,
jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah,
jika bersin dan mengucapkan hamdalah
maka jawablah ( dengan mengucapkan ‘yarhamkallah’,
dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)..."

-ALt 4 HIM-
Assalamualaikum..mashaAllah hebat site ni. moga antum terus berkongsi&menjana pahala inshaAllah
ReplyDelete