Bagaimana Aku Kenal Tarbiyah:
Sehari selepas pengebumian “my love” yang pertama, aku
dihadirkan dengan satu pertemuan yang tidak disangka. Seorang kawan kepada arwah memperkenalkan dirinya kepada aku. Arwah
pernah menceritakan kepada aku mengenai kawannya ini. Tetapi ini kali pertama
kami bertemu. Perkenalan kami membawa kepada satu perhubungan yang lebih
rapat. Di setiap hujung minggu, kerana kolejnya berdekatan rumahku, dia akan
mengajak aku untuk berjumpa. Pada mulanya aku tidak boleh membuka hati aku untuk
dia kerana perhubungannya dengan arwah. Tetapi lama kelamaan kerana sikapnya
yang sangat mengambil berat,aku mula menyukainya. Hampir setiap hujung minggu
aku akan mengikutinya berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain. Ternyata
rakan-rakannya yang lain juga sangat baik dan aku sangat terharu dengan
perkenalan ini. Di dalam hatiku, jarang pada zaman ini ada orang yang sangat
mengambil berat terhadap orang lain seperti keluarga sendiri sedangkan waktu
perkenalan kami sangat singkat. Jadi setiap kali dia mengajakku untuk berjumpa
rakan-rakan dia atau apabila dia mengajakku untuk “date”,aku sedia mengikutinya. Kehadirannya
sedikit sebanyak mengisi kekosongan yang ditinggalkan arwah dan dialah orang
yang memberiku semangat untuk bangkit dari kesedihan selepas permergian arwah. Dia
adalah “my love” yang kedua.
Bandar ini mula menghampiri musim
dingin.Malangnya sedingin-dingin mana pun musim ini membeku, tidak akan terhasil
pun kepulan-kepulan asap dari mulut,tingkap bilik pun tidak akannya penuh
dengan “snow flake” melainkan erkk,,
bulu burung merpati? Hehe. Malam ini terasa sungguh kesejukannya dan dia
mengajakku untuk menemaninya menghirup
secawan coffee. Peperiksaan dia semakin menjelang dan sudah seminggu kami tidak
berjumpa. Oh rindunya! Kami baru berkenalan selama 2 bulan lebih, tetapi perasaanku
terhadap dia sangat luar biasa.
Kami bertukar cerita dan tiba tiba atmosphere berubah
apabila dia tiba-tiba bertanyakan tentang “my love” dahulu. Bagaimana kami
bertemu? Sejauh mana rapatnya kami dahulu? Hmm,,tanpa berfikir panjang aku mula
memberitahu bahawa “my love” yang dia maksudkan bukan yang pertama bagiku, malah
ada lagi sebelum itu. Dia bertanya “Bukan yang pertama? Jadi sebenarnya berapa
orang sebelum saya?” Aku jujur mengatakan, selepas aku kehilangan seseorang, aku
dipertemukan dengan ramai orang. Dan orang-orang itu sangat menyayangi dan
mengambil berat terhadapku. Setelah mengetahui hal sebenar dia pun tersenyum.
Pada malam itu, tergerak hati aku untuk menyelusuri kembali
perjalanan hidupku yang membawaku sehingga ke sini, jauh dari tanah air sendiri. Kerana
kepercayaanku kepada dia, aku mula membuka kisah-kisah lalu dan aku sangat
gembira kerana dia seorang pendengar yang setia. Kisah hidupku bermula dengan
hubunganku dengan "my love” yang pertama. ”My love” yang pertama kacak
orangnya, ala-ala muka Bae Yong Joon (hero Winter Sonata). Alim, genius, multi-talent memang pek kombo yang lumayanlah kata
orang. Cuma dia kekurangan satu elemen sahaja dalam dirinya. Dia jenis yang tidak
pandai meng-expresskan perasaannya, tetapi aku yakin yang dia sangat
menyayangiku. Dia sering menasihatiku mengenai soal agama, soal berpakaian dan
ibadat. Segala teguran yang diberi penuh berhikmah. Segala apa yang dipelajari
ketika dia mengikuti usrah, dia akan menceritakan kembali kepadaku. Sikapnya itu
semakin lama semakin mempengaruhiku juga untuk berhijrah ke arah yang lebih
baik. Tetapi apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Jodoh kami tidak lama kerana ternyata
Allah lebih menyayanginya. Kehilangannya di dalam satu tragedi kemalangan jalan
raya ternyata mengugat ketabahanku. Ketika itulah terasa saat-saat hidup
digoncang, hidup menjadi gelap kerana dalam sekelip mata aku kehilangannya.
Ya Allah! aku sangat menyayanginya…
Ya Allah! aku sangat menyayanginya…
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu
semua akan dikembalikan”.
(Surah Al-Anbiyaa’ : 35)
(Surah Al-Anbiyaa’ : 35)
BERSAMBUNG
*I.Amtullah*
No comments:
Post a Comment