Bismillahirrahmanirrahim
Memang lumrah manusia apabila kehilangan nikmat sesuatu barulah kita mula menghargainya. Sombongnya manusia dengan anugerah pancaindera yang hanya dipinjam sementara daripada Allah SWT. Sesungguhnya “kun faya kun”, bila-bila masa sahaja boleh ditarik “lesen pancaindera” tersebut oleh Allah SWT. Saat kita terjaga dek keterangan alam menjelma, kita mula membuka kelopak mata yang mungkin ketika itu lebih berat dari buku anatomy Tortora, namun kita bukakan juga mata untuk melihat dunia yang indah ciptaan Allah SWT ini. Tetapi sedarkah kita hanya itu sahajakah pengunaan pancaindera mata kita? Memejamnya bila ingin tidur, menceliknya ketika sedar, meng-‘scanning’ buku-buku foundation yang tidak pernah khatam-khatam, melihat lecturer melakar segala ‘reaction carbonyl compound’ di whiteboard. Itu sahaja ke ? Tidak dekat langsung dengan terma “pengguna bijak”.
“ Sehingga apabila mereka sampai ke neraka,pendengaran,PENGLIHATAN dan kulit mereka menjadi saksi apa yang telah mereka lakukan “
(QS : Surah Fussilat : 41)
(QS : Surah Fussilat : 41)
Hidayah pula tidakkah ia dimana-mana.Ya ia anugerah Tuhan kepada hambanya yang dikehendaki NYa. Tetapi hidayah itu adalah satu rahmat umpama cahaya yang akan menerangi sisi kegelapan. Ke mana lagi destinasinya kalau bukan ke hati kita lah kan? Jika begitu mengapa ada yang berkata dengan menggunakan alasan hidayah tidak sampai kepada mereka ? Eh tidak pelik ke ? Bukankah sebelum ini (di dalam artikel sebelum ini) sudah diterangkan bahawa hidayah itu sudah tersemat, tersimpan rapi dalam hati setiap insan ? Jadi mengapa ayat ‘hidayah tak sampai lagi’ perlu diucapkan ? Dengan itu saya menganggap bahawa mereka yang berkata demikian adalah mereka yang memakai sunglasses yang mereka sendiri tidak sedar, menghalang hidayah sampai ke hati mereka atau dengan kata lain menafikan diri kita bahawa hidayah itu sebenarnya sudah hadir sejak sekian lama. Bagaimanakah boleh jadi begini? Itulah peranan pancaindera mata kita yang kita tidak sedar. HMMM,,
Sedar atau tidak dengan menggunakan mata sahaja, tidak perlu selak buku-buku tebal atau menghadiri ceramah berjam-jam untuk mendapat hidayah-Nya. Cuma hanya dengan pengamatan dan juga pemerhatian sahaja sudah cukup bermakna untuk kita sedar akan tarbiyah (baca: didikan) itu. Bukannya saya menghalang anda untuk membaca atau menghadiri ceramah, ada pula begitu!! Mari kita lihat situasi ini untuk memahami apa yang saya maksudkan. Jom! Apabila kita memandang perempuan bertudung labuh, sangat cantik dan sangat terserlah keindahannya, kita mula memaling mata dan mula berfikir ‘Dia bolehlah dia budak sekolah agama.’ Tidakkah saat itu kita sendiri yang menyarungkan sunglasses ke mata kita dan menghalang cahaya hidayah itu?
Ataupun apabila ada rakan-rakan yang meng-‘post’ photo-photo atau video-video yang berkisarkan keindahan Islam mahupun kekuasaan Allah SWT di rangkaian Facebook, jari kita mula meng-scroll ke bawah tidak pandang malah tidak ada keinginan untuk mengetahui apa isi kandungan video tersebut. Sayang seribu kali sayang apabila ‘mindset’ kita menganggap bahawa hidayah itu akan datang dalam bentuk ceramah agama atau kem-kem ibadah. Tidak pernah terfikir penggunaan mata anda dalam menyedari hakikat sebuah tarbiyah. Oleh itu, mulalah anda meng-‘ignore’kan video-video tersebut atau photo-photo tersebut dan sekali lagi menyarung sunglasses penyelamat anda itu. ”Takut ah nak tengok video tu. Nanti apa ntah dia tunjuk. Asal kita tahu Allah itu berkuasa dahlah” anda berkata dalam diri anda. Tahukah anda, mungkin dengan video yang hanya 3 minit itu dapat mengubah keseluruhan hidup anda! Hal ini kerana anda takut, takut akan kebenaran..Anda rasa selamat apabila menyarung sunglasess kerana dapat berselindung dari cahaya yang menerangi alam ini.
“ Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga akal mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan MATA itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah HATI yang di dalam dada ”(QS : Surah Al-Hajj : 46)
Berkongsi pengalaman saya pula ketika menghantar adik angkat ke sekolah agama, terpampang di hadapan sekolahnya “zon menutup aurat.” Saya ketika itu hanya berselendang terasa malu dan kecil dengan diri sendiri di kawasan itu. Selain itu,ada juga apabila saya ingin menunaikan solat Zuhur di MSU, apabila tiba “peak hour” mulalah telekung di surau kehabisan. Melihat almari telekung yang kosong terdetik di hati saya, sebenarnya saya hanya perlu memakai stoking dan bertudung labuh, tidak perlu telekung boleh sahaja solat, tetapi dengan tudung saya yang tidak labuh, dengan hanya berseluar dan pakaian begini sah ke? Ya Allah, ini bermakna saya tidak menutup aurat seharian kerana pakaian saya tidak lulus untuk dibawa ke solat! (peluh kecil) Dengan menggunakan situasi dan pengalaman yang ingin saya kongsikan, saya harap anda semua memahami apa yang saya cuba sampaikan. Untuk menerima atau mencari hidayah Allah SWT bukanlah sangat sukar kerana Allah SWT itu ar-Rahman dan ar-Rahim. DIA tidak akan sekali-kali mengabaikan kita, hambaNYA, sebaliknya sentiasa mengharapkan kita supaya dekat dan mengingati NYA. ALLAH SWT amat menyayangi hamba-hambaNYA dan tidak akan pernah meninggalkan kita. Mahukan bukti? Cukuplah udara yang ada disekeliling kita sekarang sebagai buktinya. Andai kata ditarik nikmat udara ini, bagaimana ya? Kita sebagai umat Islam seharusnya menjadi lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling dan juga diri kita supaya hidayah tersebut dapat kita selami.
Jadi kepada pemakai sunglasses, buanglah sunglasses anda dan sarungkanlah kacamata yang lebih bergaya iaitu kacamata brand tarbiyah. InsyaAllah kita akan mula melihat dunia dengan perspektif berbeza, dengan pandangan seorang muslim bukan lagi seorang mukmin. Sedarkah kita bahawa mata itu dekat dengan hati kita? Bukan sekadar lirik lagu “dari mata turun ke hati” atau slogan TV9 “dekat di hati” sahaja. Wahai pelajar jurusan Computer Science, bayangkan yang mata itu adalah input device yang akan menghantar segala data dan information iaitu cahaya hidayah ke central processing unit kita yang utama bukan otak tetapi adalah hati kita kerana otak kita hanyalah primary storage tetapi hati adalah secondary storage. Bergantunglah kepada betapa canggihnya device anda untuk connect dengan hati anda, dengan cordkah atau dengan Bluetooth teknologi? Mungkin bergantung kepada betapa bersihnya hati anda kerana cahaya yang melalui hati, jika gelap hati makin gelaplah sinaran yang terpantul, tetapi jika bersih hati tersebut, maka terpancarlah keindahan sinar tauhid. Bukan sahaja menerangi kehidupan kita malah akan menerangi kehidupan makhluk lain juga (seperti TNB bunyinya). Jadi input device mana yang anda mahu pilih? (macam soalan midsem pula) tentulah input device kaca mata tarbiyahkan! Jadi disini, tiada persoalan tidak mampu kerana harga kacamata tarbiyah itu tidaklah mahal harganya cuma ia tidak ternilai harganya. Fahamkah duhai ikhwah dan akhawat sekalian? Kacamata tarbiyyah itu hanya mampu dimiliki dengan berkat usaha dan istiqamah yang berterusan (sesuatu yang tidak mengeluarkan duit tetapi mempunyai nilai yang amat tinggi). Jadi mampukah kita berusaha bersama-sama untuk mencapai dan memiliki kacamata tersebut?
Renungkan bersama ^^
Assalamualaikum wbt...
Renungkan bersama ^^
Assalamualaikum wbt...
No comments:
Post a Comment