Bismillahirrahmanirrahim
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka...."
(An-Nur :30-31)
(An-Nur :30-31)
Ada yang tanya, macamana nak hindarkan cinta?
Jawapannya, banyak caranya kalau nak hindarkan cinta. Kalau orang itu bukan manusia lah..heh...
Mana boleh hindarkan cinta..!! Sebab, cinta itu fitrah bagi setiap manusia! Jangan hindarkan ia sebaliknya salurkan kepada yang hak, seperti dalam lagu UNIC - Atas Nama Cinta :
Diatas nama cinta….Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan…Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan…Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya
Selalunya, banyak drama-drama Melayu mengisahkan tentang kisah cinta monyet remaja dekat TV. Contohnya, lakonan Nora Danish dan Adi Putra dalam Tentang Dhia dan cerita Vanilla Coklat lakonan Aiman dan Izara Aisyah. Sangat romantik sampai RASA MACAM NAK KAHWIN AWAL! Kebiasaannya semua adalah happy ending. Tetapi realitinya, ada ke cerita cinta yang sehebat mereka pada zaman sekarang? (Errr..ada ke? Macam susah sahaja nak jumpa…)
Realitinya, ramai yang memilih untuk bercinta dengan yang fana, tenggelam dalam fantasi masing-masing mengukir kisah cinta yang "agung". “Memang kami nak kahwin, cuma masanya belum sampai” antara skema alasan yang diberikan. Namun, indah khabar dari rupa. Berapa ramai yang keliru, tiada istilah setia dalam cinta yang fana! Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu membuka pintu zina semata-semata?
Tidak ada istilah terlambat dalam Islam selagi matahari belum terbit di sebelah barat. Menurut hadis Rasulullah, walaupun kita tahu esok hari kiamat, Rasulullah menyuruh kita untuk menanam benih pokok. Kenapa? Ini melambangkan sesuatu kebaikan itu tetap akan dibalas oleh Allah selagi belum kiamat. Jadi, segalanya terpulang kepada kita sama ada nak berubah ataupun tidak. Cuma, jangan dilewatkan perubahan itu kerana syaitan akan sentiasa menghasut kita dari atas, bawah, kanan dan kiri. Syaitan memang suka kalau anak Adam termakan hasutan dan tumpas di tangannya!
Antara cara untuk mengawal cinta adalah janganlah izinkan diri ini jatuh terlalu dalam dengan cinta yang sememangnya sudah menjadi fitrah andai dirasakan diri belum tiba masanya. Tundukkanlah pandangan bagi sesama bukan muhrim untuk mengelak panahan syaitan. Menjaga pergaulan (ikhtilat) agar tidak ada ruang untuk syaitan menghasut. Bak kata Ustaz Atlizan “ jangan dilayan perasaan itu, sibukkan diri”, paling tidak, beristighfarlah ketika teringat kepada si dia. Dan paling penting adalah berDOA. Doa itukan senjata terhebat kita, kurniaan dari Allah SWT. Berdoa kepada Tuhan yang memberikan perasaan cinta. Agar, kita dapat dijauhi cinta yang fana.
“Ya Allah, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.”
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.”
“ Jika wanita itu tahu dirinya adalah seperti bunga syurga yang berharga, tidak sama sekali mudah bagi wanita itu untuk menggugurkan kelopaknya buat kumbang perosak”
TAPI INGAT!
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."(Surah an-Nur, ayat 26)
Jodoh itu ketetapan Illahi, berubahlah kearah kebaikan, nescaya pasangan Mu kelak akan begitu juga…
Sebab itulah kita perlu ‘Menjadi’ yang baik daripada ‘Mencari’ yang baik!
“Jatuh CINTA itu fitraH, ingin bercinta itu FITRAH.
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia MULIA.
Jika di alir dengan aliran yang salah, ia HINA.”- Ustaz Azhar Idrus -
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia MULIA.
Jika di alir dengan aliran yang salah, ia HINA.”- Ustaz Azhar Idrus -
No comments:
Post a Comment