Thursday, 23 August 2012

Alamak! Exam dah Dekat


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt
buat rakan-rakan seperjuangan sekalian.

          Macam mana persiapan rakan-rakan di medan pertempuran kecil di dunia ini? Mesti semua tengah tekun study membakar minyak tengah malam untuk mendapat result tergempak buat mid-sem kali ini. Kami di sini menyusun sepuluh jari memohon maaf andai tersilap kata, terlukakan perasaan dan bermacam-macam ter lagi agar kita sama-sama masuk ke dewan exam dengan hati yang bersih insya Allah. Marilah kita sama-sama meniatkan segala usaha kita ini demi Allah, Rasulullah, Islam sendiri dan juga untuk ibu bapa kita. Siapa yang tak gembira melihat ibu bapanya yang bersusah payah mendidik kita, bekerja untuk memberi nafkah kepada kita, memastikan duit kita sentiasa cukup setiap minggu, tersenyum bangga dek result anaknya yang berada jauh dari rumah?

            Exam-exam juga, namun tujuan kehidupan kita yang sebenar janganlah dilupakan. Penulis berasa bangga dan agak tercabar melihat usaha tekun rakan-rakan yang stay up lambat, duduk dekat library sampai petang, membaca buku iGenetics hampir setiap hari, menjawab soalan past years dan bermacam-macam lagi. Semua titik peluh rakan-rakan pasti akan dibalas sewajarnya oleh Allah ar-Rahman dengan result yang terbaik dengan izin-Nya. Result yang terbaik penting untuk memastikan kita dapat meneruskan pengajian bawah tajaan dalam mengejar cita-cita dan mendapat kerjaya yang terbaik. Melalui kerjaya yang baik, kita nanti kena jaga anak orang dan anak sendiri dan cuba untuk memberi kebahagiaan kepada mereka. Semuanya bermula di sini, iaitu dengan belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan kebahagiaan di dunia dan paling penting di akhirat

            Adakah betul dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam urusan dunia akan membawa kita kepada kebahagiaan akhirat? Mesti dan tanpa syak wasangka lagi! Asalkan, usaha kita itu betul menurut piawaian Allah. Namun, jangan kita terleka dalam mengejar urusan dunia sampai terlupa kehidupan yang kekal abadi iaitu akhirat kelak.

Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. 
(QS : Surah al-A’la : 17)

            Satu persoalan yang menimbulkan tanda tanya dalam diri penulis, apakah usaha kita bagi menjaga nikmat yang terbesar kita dapat setimpal dengan usaha kita menjaga nikmat kehidupan di dunia ini? Nikmat yang tidak boleh digantikan dengan yang lain lebih berharga, walaupun kita cuba menebusnya dengan segala harta yang ada di bumi ini. Adakah memadai dengan melakukan solat 5 waktu sehari semalam bersendirian? Mahupun solat di akhir waktu? Atau hanya membaca surah Yaasin pada setiap khamis malam jumaat menjaganya? Iya, maksud penulis NIKMAT ISLAM.

Soalan-soalan itu, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Adakah sama usaha kita bagi memastikan kehidupan di dunia ini cerah, juga secerah kehidupan kita di akhirat? Malahan mungkin juga lebih cerah dari kehidupan kita di dunia ini. Memang betul dan tak dinafikan, ganjaran di dunia ini kita boleh nampak secara jelas,nyata dan terang tetapi pahala dan dosa itu adalah sesuatu yang ghaib dan tak boleh dinampak dengan mata kasar melainkan kita mempunyai spek mata yang sangat cool lagi bergaya.




            Oleh sebab segalanya bersifat abstrak, hanya segelintir manusia yang benar-benar boleh mendalami erti beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Kesannya, ramai yang tahu tapi tidak buat. Tetapi ketahuilah rakan-rakan, setiap dari kita mampu untuk menjadi mereka yang berspek mata cool lagi bergaya. Segalanya bermula dengan seketul daging yang dinamakan hati. Ketahuilah rakan-rakanku bahawa spek mata yang sangat cool lagi bergaya itu akan hadir jika hati kita mempunyai perasaan beriman, cinta, takut dan mengharap dari Allah.

            Jika Allah kita tidak cintai, oleh sebab itulah amalan wajib seharian menjadi berat dan sukar untuk kita lakukan. Jadikanlah Allah itu sebagai sumber kekuatan dan tempat untuk kita mengadu dan bergantung kepada-Nya seperti kita menjadikan ibu bapa sebagai cinta kita. Atau mungkin seperti sesetengah daripada kita menjadikan buah hati sebagai sumber kekuatan. Iyelah kan, mana taknya menjadi sumber kekuatan kalau lautan api sanggup direnangi dan macam-macam lagi! Tapi, cuba kita jadikan Allah pula sebagai yang dicintai dan sumber kekuatan. Islam itu akan terasa indah dan tak susah pun sebenarnya.

            Jadi, apa yang kita tunggu lagi? Janganlah kita berlengah sekarang kerana takut kita akan menjadi orang yang rugi di akhirat kelak! Saat bila "result" exam kehidupan sampai dekat tangan kita, tangan kiri ke tangan kanan yang menyambutnya? “Result” terakhir yang tidak boleh diubah mahupun reseat dan akan menentukan kehidupan yang abadi.   Waktu itulah kita tertanya-tanya, adakah usaha kita di dunia sama macam usaha untuk akhirat? Sebelum mengakhiri risalah pada kali ini, kami ingin mengucapkan selamat menghadapi exam dan selamat maju jaya. Berikut adalah petikan dari Surah al-Kahfi tentang bagaimana keadaan kita pada "Yaumid Din".


adakah kita akan mati..???

Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris.(Allah berfirman), “Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali; bahkan kamu menganggap bahawa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu(berbangkit untuk memenuhi) perjanjian.” Dan diletakkanlah kitab(catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “ Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar, melainkan tercatat semuanya,” dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.
 (QS: Surah al-Kahfi : 48 -49)

No comments:

Post a Comment